Kaji selidik akhbar... Azmin, Rafizi, Zuraidah dijangka kalah PRU 14

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali dijangka kalah dalam pilihanraya umum ke 14 menurut satu kaji selidik akhbar Sinar Harian.

Selain Azmin turut berdepan nasib yang sama adalah Ahli Parlimen Pandan yang juga Naib Presiden PKR Rafizi Ramli dan Ketu Wanita PKR Zuraidah Kamaruddin di Parlimen Ampang.

Apakah isu-isu kepartian dan pentadbiran Negeri Selangor di antara ketiga-tiga pemimpin ini yang membuatkan rakyat mempunyai persepsi negatif hingga mempersoalkan kepimpinan mereka.

Respons diterima daripada 550 responden, 300 daripadanya mahu ketiga-tiga wakil rakyat di tiga kawasan parlimen itu ditukar tanpa ada pendapat seorang pun daripada responden yang bersikap berkecuali.

Jika dilihat daripada senario ini, kemungkinan kekuatan  Azmin hanya kukuh di kerusi DUN yang meletakkan beliau sebagai seorang menteri besar.

Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin juga menunjukkan pengurangan sokongan berdasarkan respons di kawasan Parlimen Ampang.

Manakala di Kuala Langat yang mana kerusi Parlimen dan DUN sebelum ini didominasi wakil Pakatan Rakyat mula menunjukkan akan berlaku angin perubahan.

Seramai 31 daripada 50 responden yang ditemu bual memberikan jawapan mahu menukar kepimpinan yang ada daripada Pakatan Harapan kepada UMNO/BN.

Demikian juga situasi di Parlimen Sepang yang boleh dikatakan bakal berlaku perubahan pola sokongan daripada Pakatan Harapan kepada UMNO atau BN.

Penganalisis politik, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata, PKR Selangor perlu melakukan kajian mengenai kedudukan semasa Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan parlimen yang dimenangi pada PRU13.

Katanya, parti itu harus mengambil langkah proaktif dalam usaha mengekalkan tampuk kuasa dalam pilihan raya akan datang.

Jelasnya, kajian dilakukan Sinar Harian boleh jadi rujukan sama ada wujud persamaan atau perbezaan yang dimahukan rakyat.

“Saya rasa PKR sendiri ada lakukan kajian di samping beberapa pihak lain termasuk Sinar Harian. Dapatan kajian ini boleh jadi rujukan sama ada wujud persamaan untuk ambil langkah berikutnya.

“Jika personaliti politik seperti Mohamed Azmin, Rafizi Ramli dan Zuraida Kamaruddin dipersoalkan, maka langkah rasional perlu diambil parti agar tiada kesan PRU14 nanti,” katanya.

Beliau berkata, selagi Mohamed Azmin dapat mandat dalam parti, saya rasa kedudukan beliau terselamat kerana kegoyahan itu adalah kemelut dalaman.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana