JIKA MAHU LIHAT KEBANGKITAN RAKYAT, PINDAHKAN PESTA ARAK KE SELANGOR – PAS

1. Sikap yang ditunjukkan oleh beberapa Ahli Parlimen DAP dalam menyuarakan bantahan mereka terhadap keputusan yang dibuat oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menolak permohonan penganjuran Pesta Arak (BBF17) benar2 mencabar amarah rakyat Malaysia terutama umat Islam. Kenyataan mereka sehingga sanggup mendakwa agar “DBKL jangan menjadi jaguh agama” adalah suatu dakwaan yang biadab.

2. Terkini apabila Pengerusi DAP Selangor Tony Pua mempersoalkan tindakan DBKL tersebut. Bahkan bagi memastikan kejayaan Pesta Arak ini diadakan juga, beliau menyebutkan bahawa Selangor boleh menjadi tempat menganjuran pesta ini. Sikap ini memggambarkan bagaimana mereka cuba untuk pastikan Pesta Arak ini tetapkan diadakan walau di mana tempatnya.

3. Sentuh pasal arak, ia berkait rapat soal moral. Tidak ada orang yang waras akalnya, sekalipun bukan Islam boleh menerima arak adalah suatu yang baik. Pendidikan moral di sekolah, di universiti kepada pelajar bukan Islam tidak ada yang menyatakan bahawa arak adalah suatu amalan dan tabiat yang baik. Soal ingin juga meminum arak di rumah atau di mana2 bar untuk hilang akal mabuk, itu hak dan ikut suka kemahuan mereka. Tapi jika hendak dianjur dalam bentuk pesta atau festival, ini mengundang kemarahan umat Islam yang merupakan majoriti rakyat Malaysia dan rakan2 bukan Islam yang menolak tabiat buruk arak ini.

4. Pindahlah lokasi Pesta Arak ini di Selangor jika ingin melihat kebangkitan rakyat menentangnya. Selangor akan menjadi pencetus gelombang penolakkan golongan ini dan akan melimpahi ke seluruh negara. Amarah anak muda Islam jangan dicabar. Isu arak sudah melangkaui batas parti politik, bangsa dan agama. Akan lahir “Kesatuan Rakyat atau Wehdatul Ummah” bagi berdepan dengan isu dan golongan ini.

5. Sekali lagi, mewakili Dewan Pemuda PAS Selangor saya meminta pada pihak yang ada autoriti supaya membendung segera isu dan provokasi ini. Jangan dibiarkan begitu lama. Teguran sudah dibuat, netizen juga sudah menolaknya. Haramkan terus Pesta Liar Arak daripada dianjurkan dalam negara kita. Harmonikan rakyat dengan budaya dan amalan hidup yang waras.

Syarhan Humaizi Halim
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Selangor

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana