JANGAN TERPEDAYA DAKYAH MALAYSIA NEGARA GAGAL – NAJIB

Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat Malaysia di luar negara tidak terpedaya dakyah kononnya Malaysia negara gagal.

Perdana menteri berkata hakikatnya ialah banyak bukti menunjukkan Malaysia kini menuju ke arah menjadi negara maju.

Sebagai contoh, katanya, nilai perdagangan Malaysia antara Januari dan Julai tahun ini mencapai RM1.008 trilion, meningkat sebanyak 22.7 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Pembangunan infrastruktur seperti MRT dan Lebuh Raya Pan Borneo menjadi penggerak kepada rancangan pembangunan untuk meletakkan Malaysia menjadi antara 20 negara maju dunia.

Hakikat inlah yang akan beliau bentangkan semasa pertemuan dengan Presiden Donald J. Trump semasa pertemuan di Rumah Putih yang dijadual berlangsung pada Selasa.

Najib berkata demikian pada majlis bersama pelajar dan rakyat Malaysia di Amerika Syarikat di Kedutaan Besar Malaysia di sini.

Hadir sama Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim, Duta Besar Malaysia di Amerika Syarikat Tan Sri Dr Zulhasnan Rafique dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Perdana menteri berkata pertemuan beliau dengan Presiden Trump akan membolehkan beliau menjelaskan kepada Amerika Syarikat bahawa Malaysia berazam untuk menjadi sebuah negara maju, yang akan menjanjikan lebih banyak peluang.

Malaysia akan terus menyokong usaha global untuk memerangi keganasan dan pada masa sama menyebarkan imej sebenar Islam, katanya.

Najib berkata hubungan Malaysia dan Amerika Syarikat terus kekal kukuh walaupun pemimpin Amerika sentiasa bersilih ganti.

Katanya Malaysia terus memainkan peranan membanteras keganasan global dan memberi gambaran sebenar mengenai ajaran Islam.

Terdapat kira-kira 28,000 rakyat Malaysia menetap di bandar-bandar seluruh Amerika Syarikat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana