Idris Ahmad dakwa 10 Tun Mahathir cakap, 13 tak boleh percaya...PEnyokongnya Pun BEBAL Jugak

SHAH ALAM: Tuduhan-tuduhan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap PAS sememangnya didorongi rasa dendam ekoran tidak dapat menerima perjuangan Islam yang dibawa parti itu sejak dahulu lagi.

Naib Presiden PAS, Dr Idris Ahmad berkata, tindakan mantan perdana menteri itu yang menyerang PAS ketika ini dengan menyifatkan parti itu sebagai pemecah belah pembangkang, diibaratkan seperti 'berkokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi'.

Ahli Parlimen Bukit Gantang itu berkata, sebaliknya Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itulah yang menjadi punca kepada perpecahan dalam parti dan masyarakat Melayu namun sibuk 'menuding jari' kepada PAS.

"Hakikatnya beliaulah bapa pemecah belah masyarakat dan Melayu. Tiga Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam, Tun Ghafar Baba dan Datuk Seri Anwar Ibrahim terpelanting.

"Umno pecah dua kepada team A dan team B, beliau hanya menang majoriti 43 undi dengan Tengku Razaleigh Hamzah. Akhirnya mahkamah telah mengharamkan Umno pada tahun 1987.  Lahirnya Parti Semangat 46 dan PKR semuanya zaman beliau.

"Tiba-tiba Tun kata PAS sebagai pemecah belah. Tun ini seperti 'berkokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi'," katanya dalam satu kenyataan.

Dr Mahathir kebelakangan ini kerap melontarkan kritikan tajam kepada parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu.

Dalam satu program interaktif bersama sebuah portal yang disiarkan secara langsung minggu lalu, Dr Mahathir menuduh PAS sebagai punca perpecahan perpaduan di kalangan masyarakat Islam di negara ini.  

Ujarnya, PAS memberi tanggapan tentang Islam yang mana bertentangan dengan ajaran agama itu sendiri sehingga berjaya dalam memecahkan orang Islam kepada dua entiti berbeza.

Dr Mahathir sebelum ini juga mengaitkan Hadi sebagai mesra Umno, yang mana ia berbeza dengan beberapa presiden terdahulu seperti Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat, Datuk Fadzil Nor dan Yusof Rawa.

"Tun bapa pemecah belah Melayu, buktinya royalti minyak Terengganu ditarik. Sedangkan jelas tercatat di dalam perjanjian, lima peratus mesti diberi kepada negeri yang ditemui minyak.

"Sekarang perkara ini diteruskan sehingga zaman Datuk Seri Najib. Siapa yang punya angkara? Apakah Terengganu bukan negeri Melayu?," soal Idris.

Ujarnya, sebelum ini Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu pernah melemparkan pelbagai tuduhan kepada PAS, antaranya mengaitkan parti itu sebagai lebih berbahaya daripada komunis serta ditubuhkan oleh penjajah.

"Tun Mahathir pernah tuduh PAS lebih merbahaya daripada komunis, walaupun hakikatnya Siddiq Ghouse, Setiausah Politik Dr Mahathir ketika beliau menjadi Menteri Pelajaran 1974-1975  ditahan ISA sebagai agen komunis.

"Tun pernah tuduh PAS ditubuhkan oleh penjajah, hakikatnya Umno adalah anak emas penjajah. Sejarah yang jelas pun Tun boleh tipu, apalah sangat dalam perkara lain.

"Rumusannya kalau Tun Mahathir kata kepada PAS, 10 yang dia cakap 13 tidak boleh percaya.

"Perlu diingat, semasa beliau berkuasa selama 22 tahun PAS lawan beliau, inikan pula beliau tidak ada kuasa. Tolak BN dan PH, pilih PAS dan Gagasan Sejahtera,"katanya lagi. 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana