HANYA KERANA NAK KUASA, SURUHAN AGAMA ISLAM ‘DIBUANG BAGAI SAMPAH’

Dr Siti Hasman Mohd Ali, isteri kepada Pengerusi PPBM, Dr Mahathir Mohamad nampaknya sudah pandai menjalinkan hubungan bersekongkol dengan Pengerusi gerakan Bersih iaitu Datuk S Ambiga yang sebelum ini cukup tidak disenangi oleh suaminya kerana hal perjuangannya yang jauh menyimpang dari syiar Islam.

Dulu-dulu pun, Mahathir pernah kutuk dan kritik S Ambiga kerana perjuangannya sebelum ini banyak berkaitan dengan sokongan ke atas hubungan seksual sesama jenis iaitu lesbian dan homoseksual.

Ketika perhimpunan Bersih 3.0, Mahathir menghentam Ambiga kerana menganjurkan perhimpunan berkenaan dengan mengadakan rusuhan merosakkan kereta dan mengganggu kententeraman awam.

“Saya hendak cadang Ambiga jadi Perdana Menteri, dengan itu kita boleh ada demonstrasi setiap hari di Dataran Merdeka,” kata Mahathir pada masa itu.

Dalam Comango atau nama penuhnya, Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Malaysia menyuarakan antara tuntutannya ialah menggesa Malaysia untuk menandatangani International Covenant on Civil & Political Rights (ICCPR). Dalam Artikel 18 ICCPR mengandungi the rights of religious freedom (kebebasan beragama). Kebebasan untuk memilih agama atau kepercayaan termasuk hak seseorang untuk menukar agama yang dianuti.

Kemudian tuntutan berikut ialah menggesa kerajaan menandatangani juga International Covenant on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD). Implikasi perkara ini akan mengheret kepada isu perkauman dan mencabar status quo yang melibatkan kedudukan orang Melayu dan Islam di Malaysia sepertimana yang terdapat dalam Perlembagaan Malaysia dan semangat kontrak sosial.

Seterusnya ialah tuntutan yang paling kontroversi iaitu kerajaan digesa untuk mengiktiraf hak-hak Sexual Orientation and Gender Identity (SOGI) terutamanya hak-hak lesbian, gay, biseksual, transgender (LGBT). Tuntutan ini turut merangkumi kepada amalan kebebasan orientasi seksual songsang dengan hukum alam termasuk memberi kebenaran untuk mengiktiraf perkahwinan sesama jenis.

Pada masa itu, Ambiga begitu kuat dalam menyokong tuntutan dan perjuangan Comango supaya ia diterima dan diikuti oleh kerajaan Malaysia.

Tidak hairanlah, ketika perhimpunan Wanita Bantah Politik Toksik pada Ahad lepas, ada banyak sepanduk yang menulis perkara yang pro-Comango menyentuh tentang tuntutan mereka berkaitan selera seks songsang yang diperjuangkan gerakan itu.

Antaranya, ada sepanduk yang tertulis “Lesbian is not a crime, it’s a gift,” yang jelas mencemar imej Islam dan merosakkan pemikiran umatnya.

Seorang wanita Islam ada memegang satu sepanduk yang mahu orang ramai menyokong tuntutan Comango iaitu hak yang sama rata dalam perkahwinan dengan tidak mengikut cara Islam, mereka mahu kuasa talak juga diberikan kepada isteri yang kononnya akan berkuasa untuk menceraikan suami sesuka hatinya.

Banyak lagi tuntuan Comango yang mencabar kedaulatan serta undang-undang Islam di Malaysia yang tidak sepatutnya dilayan atau diikuti oleh sesiapa.

Ambiga dan gerakannya sanggup menolak ke tepi agama Persekutuan iaitu agama Islam untuk mendapatkan kuasanya tanpa mengira apa pun yang terjadi kepada rakyat mahupun masa depan negara.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana