Hanya BN hantar nama calon pilihanraya untuk saringan SPRM…pembangkang tidak

Setakat ini hanya Barisan Nasional (BN) yang selalu menghantar nama-nama pemimpin dan bakal-bakal calonnya yang akan bertanding dalam pilihanraya untuk disaring oleh SPRM manakala parti-parti pembangkang tidak pernah melakukannya.

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Dzulkifli Ahmad menasihatkan parti-parti politik yang ingin bertanding dalam PRU14 supaya setiap bakal calon mereka disaring kerana rakyat akan menilai integriti mereka.

Katanya walaupun tiada undang-undang atau paksaan untuk parti-parti politik berbuat demikian tetapi saringan dibuat bagi memastikan bakal-bakal calon bersih khususnya dari aspek rasuah dan salahguna kuasa.

Beliau memberi jaminan hasil setiap saringan dirahsiakan dan terserah kepada parti-parti politik untuk mengambil tindakan lanjut setelah menerima keputusannya.

Dzulkifli berkata pihaknya mampu membuat semakan dan saringan terhadap semua ahli politik walaupun diminta oleh semua parti politik kerana data mereka berada dalam simpan agensi itu.

"SPRM bersikap terbuka dalam hal ini dan terserah kepada parti-parti politik berkenaan," katanya .

Beliau menyatakan demikian pada sidang media sempena program 'Kembara Jelajah Anti-Rasuah 2017' (KEJAR -17) peringkat negeri Perlis di Kampung Panggas di Padang Besar, Selasa.

Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man yang turut hadir kemudian melepaskan Konvoi KEJAR -17 yang disertai 44 motosikal berkuasa tinggi dan dua bas membawa pegawai-pegawai kanan SPRM dalam siri jelajah tersebut yang bermula 18 Sept lepas dan tamat di Putrajaya pada 1 Okt ini.

Mengenai kerjasama dengan National Anti Corruption Commission of Thailand (NACC), beliau berkata SPRM dan NACC mempunyai hubungan dan kerjasama pada tahap amat baik khususnya melibatkan pertukaran maklumat dan siasatan kes-kes kepentingan bersama.

Sebelum itu, dalam ucapannya, Dzulkifli berkata SPRM merupakan agensi tunggak yang membela rakyat apabila berdepan isu rasuah dan salah guna kuasa sama ada membabitkan penjawat awam atau tidak.

"Dalam era baharu ini, setiap jabatan dan agensi kerajaan mesti diurus tadbir dengan amanah dan rasa penuh tanggungjawab. Rakyat tidak boleh dikhianati. Saya ingin memberi amaran bahawa kita tidak bertolak ansur dengan pengkhianat.

"Oleh itu, saya akan pastikan SPRM menjadi agensi yang mesra rakyat, bukan ditakuti manakala dasar-dasarnya pula sampai serta mendapat sokongan rakyat bagi mencapai satu anjakan positif dalam memerangi rasuah," kata Dzulkifli.

Menurut beliau, tangkapan-tangkapan berkaitan rasuah oleh suruhanjaya itu sejak awal tahun ini adalah antara Gerakan Revolusi Anti-Rasuah (GERAH) yang mana keanggotaannya telah mencecah 60,000 orang sejak dilancarkan pada 1 Ogos lepas.

Dzulkifli berkata KEJAR-17 diadakan bersempena sambutan jubli emas SPRM bertujuan mendedahkan peranan SPRM kepada masyarakat serta peranannya dalam membantu pembangunan negara.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana