Dr Mahathir tidak dihalang ke Sarawak...

Kerajaan Sarawak tidak akan menghalang Tun Dr Mahathir Mohamad, Lim Kit Siang  serta beberapa pemimpin Pakatan Harapan yang lain daripada memasuki negeri itu untuk ceramah sulung mereka di Kuching yang dijadualkan berlangsung esok,Ahad.

Bagaimanapun, Ketua Menteri, Datuk Abang Johari Openg menegaskan bahawa mereka akan terus menggunakan hak imigresen negeri itu untuk menghalang mereka yang dianggap tidak diingini memasuki negeri itu.

“Tiada masalah. Mereka bukan pelampau, lagipun mereka tak penting,”

“Saya akan halang mana-mana ahli politik yang mengancam perpaduan negeri,” katanya selepas menghadiri majlis ulang tahun ke-60 Bahagian Bau hari ini.

Sarawak mempunyai kuasa autonomi imigresen di bawah Perjanjian Malaysia 1963 dan kepimpinan Ketua Menteri sebelum ini kerap menggunakannya untuk menghalang mereka yang dianggap ‘pengacau, pelampau agama dan perkauman’.

Sebelum ini, Ketua Pakatan Harapan Sarawak, Chong Chieng Jen bahawa Dr Mahathir, Kit Siang dan Pengerusi PAN Wilayah Persekutuan, Dr Mohd Hatta Ramli mungkin dihalang daripada memasuki negeri itu untuk sesi ceramah.

Bagaimanapun pada Ogos lepas, pentadbiran Abang Johari membenarkan dua pemimpin kanan PKR, Nurul Izzah Anwar dan Zuraida Kamaruddin yang sebelum ini berada dalam senarai hitam imigresen memasuki Sarawak untuk menghadiri majlis rumah terbuka di Petra Jaya.

Nurul Izzah dihalang memasuki Sarawak kali terakhir pada Disember 2015 sementara Zuraida dihalang pada 30 Januari tahun lalu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana