Dr Mahathir tak tahu BNM rugi RM30 bilion...Muka Selambar Jadinya Duit Negara Hilang Jawab Tak Tahu...?

PUTRAJAYA: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberitahu bahawa beliau tidak dimaklumkan mengenai kerugian bernilai RM30 bilion yang dialami oleh Bank Negara Malaysia (BNM) berkaitan urus niaga mata wang asing.

Beliau merujuk kepada kenyataan saksi ke-14 iaitu bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Clifford Herbert yang mendakwa beliau sebagai berkata "kadang-kadang kita untung, kadang-kadang kita rugi" apabila diberitahu mengenai kerugian urus niaga bank pusat itu.

"Beliau mengatakan bahawa beliau (Tan Sri Clifford Herbert) bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim (saksi ke-21) ada berjumpa dengan saya di pejabat Perdana Menteri pada lewat 1993.

"Menurutnya lagi dalam keterangannya, mereka berdua telah melaporkan kepada saya tentang kerugian BNM sebanyak 30 bilion. Beliau juga telah menambah bahawa saya telah mengatakan 'sometimes we make profit and sometimes we make losses'.

"Pertama sekali saya mengatakan bahawa kehadiran saksi ke-14 dan saksi ke-21 di pejabat saya pada lewat 1993, adalah beberapa bulan selepas pembentangan laporan kewangan tahunan BNM 1992 di parlimen pada April 1993.

"Oleh yang demikian apa-apa maklumat berkaitan dengan BNM itu tidak dimaklumkan kepada saya sebelum laporan kewangan tahunan BNM 1992 itu telah diaudit, mahupun sebelum ianya dibentangkan di Parlimen pada April 1993," katanya ketika memberikan keterangan kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kerugian Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini.

Dr Mahathir adalah saksi ke-24.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana