Dijanjikan Dedak..... 15 Pemandu Teksi Keluar PPBM, Dipancing Dengan RM500

Sekumpulan 15 pemandu teksi di sini hari ini mengumumkan keluar dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kerana hilang keyakinan dengan parti tersebut.

Menurut jurucakap kumpulan tersebut, mereka pada awalnya dijanjikan dengan tawaran lumayan sebanyak RM500 untuk membawa pengundi ke tempat pengundian pada hari pilihan raya umum yang akan datang.

Namun, setelah enam bulan mereka didaftarkan sebagai ahli parti pembangkang kecil tersebut, langsung tiada wakil dari PPBM yang datang menjenguk mereka dan bertanyakan masalah dihadapi untuk dibantu.

“Kami yang mahu keluar hari ini dengan rela hati sebab kami tengok parti ini tidak mengambil sebarang maklum balas dari kami dan tiada apa bantuan yang mereka boleh berikan kepada kami,” kata Suhaimi Mohamed Said.

Beliau yang juga jurucakap kumpulan tersebut berkata demikian kepada pemberita dalam satu sidang media khas di Taman Nusa Perintis hari ini. Keputusan itu ujar Suhaimi, 44, turut dibuat tanpa sebarang paksaan.

Sehubungan itu mereka meminta pihak PPBM untuk membatalkan keahlian mereka. Suhaimi berkata bahawa seramai 30 pemandu teksi di sini telah diambil maklumat peribadi mereka untuk didaftarkan menjadi ahli.

Beliau menambah mereka bertindak keluar parti kerana merasakan seperti diperdaya untuk menjadi ahli kepada parti serpihan UMNO tersebut setelah tertarik dengan tawaran wang tunai yang disediakan oleh PPBM.

“Mereka macam pancing kita dengan RM500 tersebut,” katanya lagi, sambil menambah bahawa mereka diberitahu bahawa PPBM hanya menyediakan slot terhad untuk membawa pengundi pada hari pilihan raya akan datang.

Sebelum ini ribuan ahli parti berlambang bunga itu mengumumkan keluar parti termasuk antara pengasasnya, Anina Saadudin dan Naib Presiden, Datuk Hamidah Osman pada Sabtu lalu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana