DBKL TETAP HARAMKAN PESTA ARAK, BUKAN KERANA POLITIK

Keselamatan penduduk di Kuala Lumpur menjadi keutamaan saya, ini adalah tanggungjawab saya sebagai Menteri Wilayah Persekutuan, tegas Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Reaksi Menteri Wilayah Persekutuan itu yang lebih mesra dipanggil Ku Nan, adalah respon terhadap beberapa pihak yang mendesak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membenarkan penganjuran pesta arak ‘Better Beer Festival’ di Solaris Publika bulan depan.

“Sebenarnya saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan acara itu tidak dibenarkan kerana disebabkan politik seperti tuduhan pembangkang.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bercakap pada sidang media selepas melawat bahagian dalam rumah contoh M Centura di Centura Sales Galery di Sentul

“Ini adalah atas faktor keselamatan, hasil maklum balas polis penganjuran di kawasan terbuka terdedah kepada ancaman keganasan seperti Daesh, IS dan sebagainya,” tegas Ku Nan kepada media ketika meninjau projek perumahan M-Centura yang dibina Kumpulan Mah Sing, di Kuala Lumpur, pada Khamis

Menurutnya, tohmahan pembangkang bahawa pesta arak secara besar-besaran ini tidak diluluskan oleh DBKL adalah tidak benar.

Malah katanya, sebelum ini pihak berkuasa tidak pernah menghalang beberapa penganjuran pesta minuman yang memabukkan itu yang diadakan di tempat yang tertutup.

“Sebelum ini pun beberapa penganjuran seperti itu terutamanya ketika perayaan Tahun Baru Cina tidak menghadapi halangan oleh pihak berkuasa kerana diadakan di kawasan tertutup.

“Saya tidak kisah jika ia diadakan di tempat tertutup seperti di bar dan hotel.

“Selain di tempat terbuka, Akta Perlesenan juga tidak membenarkan sebarang penjualan arak di tempat terbuka,” jelas Ku Nan.

Sehubungan itu, Ku Nan menegaskan, pihaknya atau DBKL tidak akan melayan lagi sebarang surat menyurat daripada pihak penganjur supaya mengeluarkan permit kebenaran kepada program tersebut.

“Keselamatan menjadi keutamaan. Jadi saya harap mereka ini memahami mengapa penganjuran pesta tersebut tidak dibenarkan pihak berkuasa,” jelasnya lagi.

Dilaporkan, beberapa Ahli Parlimen DAP telah lantang mengkritik dan membantah tindakan DBKL tidak membenarkan penganjuran ‘Better Beer Festival’ kerana tunduk kepada desakan politik selain tidak mementingkan semangat muhibbah antara kaum di Kuala Lumpur.

Difahamkan, penganjuran tahun ini akan diadakan secara besar-besaran melibatkan hidangan 350 pelbagai jenama arak.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana