DASAR PENSWASTAAN PELUANG MAHATHIR TUTUP BNM RUGI RM 32 BILLION

IA adalah satu pagi dalam tahun awal 90-an bila pemandangan biasa berubah menjadi pemandangan yang agak berbeza bagi diri penulis.  Deretan trak-trak TNB keluar dari depoh bersebelahan mula menjalar di jalan raya dengan warna dan lambang yang baru agak menarik perhatian ramai pada waktu itu.  Sejak lahir, kita terbiasa dengan warna kusam biru Lembaga Letrik Negara (LLN), bila TNB diperkenal menggantikannya, agak lainlah sedikit rasanya hidup.

Dalam tak sedar, perubahan ini menandakan bermulanya perlaksanaan dasar penswastaan secara besar-besaran di negara ini oleh Mahathir.  Katanya, dasar ini dah dilaksanakan awal 80-an (sebaik Mahathir jadi PM) tapi dari pengalaman, awal 90-an itulah pun ia dilaksanakan secara besar-besaran.  Penswastaan dalam bahasa yang mudah ialah syarikat milik kerajaan ditukar menjadi milik swasta.  Satu demi satu syarikat kerajaan lain menyusul nasib TNB selepas itu, sama juga, bermula dengan pelbagai perubahan nama, warna dan jenama.

Apa yang rakyat tahu selepas itu, majoriti dari syarikat-syarikat yang berkenaan kemudiannya di senaraikan ke dalam Bursa Saham untuk mencari pemilik baru, kakitangan yang memilih untuk kekal dibawah skim baru turut menerima sebahagian dari saham-saham ini – setakat itu.  Bagi majoriti rakyat era tersebut, bila masuk bab saham, itu sudah jadi perbincangan yang “bukan untuk semua orang”.

Hidup waktu itu pun berkais kais pagi dan petang, nak cerita pasal saham?

Topik perbualan awam lanjutan dari dasar penswastaan ini, selain perubahan jenama dan nama ialah tentang kakitangan yang memilih skim pencen atau skim gaji yang baru dan sekitar itu.  Tidak langsung terfikir di kepala kita bahawa perlaksanaan secara besar-besaran dasar penswastaan pada waktu itu ialah sebenarnya untuk mengutip dana bagi menutup kerugian besar ditanggung Bank Negara Malaysia akibat perjudian Forex.

RCI Forex yang diadakan baru-baru ini, bagaimanapun telah membuka mata penulis tujuan sebenar dasar penswastaan diperkenalkan Mahathir.  Bagaimana saham-saham syarikat kerajaan dijual secara senyap-senyap (bila diswastakan) untuk menutup kerugian besar Bank Negara sebanyak RM 32 billion.  Oh, itu rupanya tujuan Mahathir menswastakan syarikat-syarikat ini – untuk mendapat dana dari saham yang diperdagangkan.

Kalau masih syarikat kerajaan, susah nak manipulate di Bursa Saham kerana saham pelabur lain tidak boleh lebih besar dari saham kerajaan atau ia bukan lagi syarikat kerajaan.  Tak boleh nak tetap 42% saham dibeli BNM yang kemudian 32% daripadanya dijual kepada individu lain berbinkan Ramli dengan harga 3 kali lebih tinggi dari harga pasaran dan semacam itu.  Bila diswastakan, itu dianggap keputusan perniagaan yang biasa, kerajaan tidak ada kena mengena sebab bukan lagi syarikat kerajaan tapi swasta.

Cerdik kan?  Kenapalah kita semua tak berasal dari Kerala, kalau tak mesti cerdik macam itu juga – cerdik menipu rakyat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana