DAP & PAS : DENDAM BELUM TERPADAM

PARTI DAP milik Lim Kit Siang penuh dengan aura negatif. Dendam kesumat mereka terhadap parti PAS masih menyala. Bagi DAP, parti PAS telah melakukan kesalahan yang besar dengan mengengkari arahan mereka yang dilihat mahu PAS terus menjadi alat untuk menyerang orang Melayu dan agama Islam.

Walaupun PAS telah ditendang keluar dari pakatan pembangkang apabila DAP membubarkan Pakatan Rakyat namun mereka masih tidak berpuas hati. Parti Chauvanist itu menubuhkan Pakatan yang baru yang diberi nama Pakatan Harapan. Malah mereka menubuhkan parti baru Parti Amanah Negara (PAN) yang ditugaskan untuk mengambil tempat PAS.

Memandangkan mereka dapat menghidu bahawa PAN gagal menjadi penganti PAS, kini DAP dilihat mula mengorak langkah yang lebih berani dengan mengambil keputusan untuk bertanding di negeri Kelantan yang merupakan kubu kuat musuh terbaru mereka PAS.

Prestasi yang ditunjukkan oleh PAN dalam beberapa pilihan raya kecil seperti PRK Kuala Kangsar dan PRK Kuala Selangor membuktikan parti baru ini gagal mengalas tugas yang diberi.

Baru-baru ini Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan mendakwa hasrat DAP untuk bertanding di Kelantan pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) jelas menunjukkan parti itu lebih memusuhi PAS berbanding BN. Beliau berkata, hasrat itu bertentangan dengan pendirian yang dinyatakan DAP selama ini melawan BN sebagai parti pemerintah.

Mungkin kita perlu mengingatkan diri kita sendiri bahawa DAP sebagai sebuah parti yang angkuh, sombong dan bongkak sudah pasti akan mencari jalan “menghancurkan” PAS yang dilihat mencemarkan maruah DAP apabila berterusan mempertahankan RUU355 walaupun beberapa tahun sebelum itu telah bersetuju untuk menukar perjuangan dari menubuhkan negara Islam kepada sebuah negara yan berkebajikan.

Pada 25 September lalu, Malaysiakini melaporkan DAP akan kembali bertanding di Kelantan dalam PRU untuk kali pertama selepas 31 tahun, kemungkinan besar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas dan Kota Lama. Menurut pemimpin DAP Kelantan Chua Chin Hui, pimpinan tertinggi parti itu memohon diberi peluang bertanding di dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu di Galas dan Kota Lama yang dahulunya dikenali sebagai DUN Padang Garong.

PAS tidak akan memberi laluan mudah kepada DAP di dua kawasan tersebut. Mereka tidak takut dengan cabaran itu dan telah bersedia untuk berhadapan pertembungan tiga penjuru pada PRU akan datang.

DAP mungkin hanya melihat dari sudut dendam kesumat mereka semata-mata tanpa mengambil kira kemarahan PAS terhadap penghinaan dan cacian yang dihamburkan oleh DAP terhadap parti tersebut. Kita tunggu dan lihat apa yang bakal berlaku pada PRU14 nanti.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana