CHONG CHIENG JEN BAKAL TPM KEDUA MALAYSIA? -DR KAMARUL

Semalam telah berlangsung majlis soft launch manifesto Pakatan Harapan Sabah yang dihadiri oleh Presiden Pakatan Harapan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dan Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah, di Kota Kinabalu.

Di dalam majlis ini, Pengerusi Pakatan Harapan Sabah, Christina Liew, mengumumkan bahawa Pakatan Harapan akan mewujudkan jawatan Timbalan Perdana Menteri Kedua khas untuk Sabah dan Sarawak jika ia menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14.

Kata Christina Liew, janji ini terkandung di dalam manifesto Pakatan Harapan Sabah dan Sarawak bertajuk “Pakatan Harapan New Deal for Sabah and Sarawak” yang menjadi sebahagian daripada manifesto Pakatan Harapan untuk seluruh Malaysia.

Pengerusi Pakatan Harapan Sabah ialah Pengerusi PKR Sabah, Christina Liew. Pengerusi Pakatan Harapan Sarawak ialah Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen. Christina Liew dan Chong Chieng Jen juga adalah Naib-Naib Presiden Pakatan Harapan.

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-13, Christina Liew, yang merupakan Ketua Cabang PKR Kota Kinabalu, bertanding (dan menang) di kerusi N15 Api-Api manakala kerusi P172 Kota Kinabalu pula ditandingi (dan dimenangi) oleh Jimmy Wong dari DAP.

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 juga, Chong Chieng Jen bertanding (dan menang) di kerusi P195 Bandar Kuching, iaitu kerusi yang telah beliau tandingi sejak Pilihan Raya Umum Ke-10 dan yang telah beliau menangi sejak Pilihan Raya Umum Ke-11.

Jika keadaan ini berterusan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14, di mana Timbalan Perdana Menteri Kedua adalah Ahli Parlimen senior yang menjadi Pengerusi Pakatan Harapan Sabah atau Sarawak, maka Chong Chieng Jen-lah yang akan mengisi jawatan ini.

Kita lihat saja apakah tawaran jawatan Timbalan Perdana Menteri Kedua khas untuk Sabah dan Sarawak ini, selain beberapa tawaran lain, akan meningkatkan sokongan rakyat Sabah dan Sarawak, juga rakyat Semenanjung Malaysia, kepada Pakatan Harapan.

Dr Kamarul Zaman Yusoff,
Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN), Universiti Utara Malaysia (UUM).

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana