BUKAN SAJA MELAYU BERPECAH, UMNO JUGA BERPECAH KERANA DR M

Naib Presiden Pas, Idris Ahmad membidas Tun Dr Mahathir Mohamad sebenarnya yang banyak memecahbelah orang Melayu, malahan perpecahan dalam UMNO juga berpunca daripada bekas perdana menteri itu sendiri.

Idris berkata, semasa pentadbiran Dr Mahathir, orang Melayu paling teruk berpecah disebabkan terlalu mahu memegang kuasa sehingga sanggup melakukan apa sahaja.

“Melayu paling teruk pecah zaman beliau. Bukan setakat Melayu berpecah, UMNO asal pun hancur.

“Tiga Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden terpelanting. Paku dulang, paku serpih, mengata orang dia yang lebih,” katanya dalam satu kenyataan.

Idris merujuk ketika pengharaman UMNO pada 1987 sehingga menyaksikan penubuhan parti serpihan, Semangat 46 dan juga pemecatan tiga timbalan perdana menteri, Tun Musa Hitam, Allahyarham Tun Ghafar Baba dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Idris lagi, Dr Mahathir apabila sudah hilang kuasa baharu sedar akan kesilapan lampau dilakukannya.

“Tidak ada siapa berani sanggah fakta Tun, kerana dia berkuasa penuh. Siapa lawan siap. Sekarang apabila tidak ada kuasa baru Tun sedar Rabu, Khamis dan Jumaat.

“Apa yang pemimpin UMNO buat sekarang kepada dia, hasil air tangannya,” katanya lagi.

Semalam Dr Mahathir – melalui catatan di blognya – mendakwa Pas memecah-belahkan orang Melayu dan menyebabkan ahli keluarga berkelahi.

Antara lain katanya, disebabkan fahaman Pas berlaku sembahyang dua imam, jenazah dikebumikan di tanah perkuburan berbeza dan kafir-mengkafir.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana