BILA ‘SAMPAH’ LAWAN MAHATHIR, APA AKAN JADI?

Baru setahun jagung usia PPBM pemimpinnya sudah pandai melabelkan bekas anggota atau ahli parti yang meninggalkan parti itu sebagai sampah wal hal dia sendiri merupakan sampah daripada UMNO.

Soal bekas Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Hamidah Osman. “Apa sebenarnya yang kalian mahu?”.Soalan Hamidah dipercayai ditujukan kepada pemimpin PPBM yang telah menyamakan beliau dengan sampah kerana meninggalkan parti yang wujud atas dasar benci kepada UMNO dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Hamidah kata,“Bila ku diam dituduh pelbagai… bila bersuara dituduh mencari simpati dan helah. Apa sebenar yang kalian mahu?”

Tanpa menyedari dirinya adalah sampah dari UMNO,Mahathir seperti yang dilaporkan MalaysiaGazette,beliau berkata, pada satu majlis di Bukit Merah Lake Town, Perak. “Bahawa ahli yang menentang dan enggan patuhi arahan dianggap sebagai sampah“. (Rujuk MalaysiaGazette,tajuk berita “Dituduh sampah, apa sebenarnya kalian mahu? – Hamidah”)

Pada awal-awal keluarnya Mahathir dari UMNO pembangkang bersorak sakan sehingga ada penulis blog berkata,”Adalah tepat ramalan saya semalam tindakan Tun Mahathir keluar UMNO adalah untuk mengetuai gerakan perpaduan nasional yang sedang runtuh dan bagi membawa perubahan besar ke arah membina semula imej negara melampaui batas kaum dan agama”.(semak http://zamkata.blogspot.my di artikel bertajuk,” TERKINI: MAHATHIR KETUAI GERAKAN PERPADUAN NASIONAL MELAMPAUI AGAMA DAN KAUM”)

Perpaduan apa yang Mahathir bawa sekiranya ahli parti yang dikira sebagai pengasas keluar ketika jagung yang dibakar belum masak?.

“Kita (PPBM) sampah-sampah yang tak elok kita sapu lah keluar. Jika ada sampah yang keluar sendiri itu bagiuh (bagus),” kata Dr. Mahathir.

Ketika Mahathir,Muhyiddin Yassin ,Mukhriz ,Safie Apdal tikam belakang Presiden UMNO ramai juga beranggapan sampah-sampah yang tak elok dalam parti patut di sapu keluar awal-awal lagi baik.Tetapi Mahathir kurang sedar bahawa pemimpin PPBM yang masih ada juga merupakan sampah yang didisapu keluar dari parti paling ramai ahli.

Apa yang berlaku dalam PPBM kini ibarat sampah tendang sampah kerana mereka asalnya sampah UMNO.

Kali ini kita akan menyaksikan peperangan antara kumpulan sampah dengan sampah,kerana sampah yang keluar dari PPBM tidak akan berdiam diri memandangkan pernah memegang jawatan tinggi dalam parti itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana