BERJUTA-JUTA RM HANYA UNTUK JUMPA BUSH, ‘HEBAT’ MAHATHIR BERBELANJA!!

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan bahawa, ketika berjumpa Presiden Bush pada tahun 2002, Mahathir (Pengerusi Pakatan sekarang) membayar berjuta-juta ringgit wang rakyat untuk tujuan tersebut (kontrak batu arang TNB sebetulnya, tapi memandangkan TNB syarikat berkaitan kerajaan, kira wang rakyatlah tu).

Tak apalah kalau berbelanja banyak itupun tapi apa hasil yang dibawa balik?  Kalau ikut dari semakan penulis, yilek!!

Pun tak apalah juga kalau pergi tak bawa balik hasil (hanya bakar duit begitu saja) tapi lepas tu janganlah kondem orang lain yang berjumpa Presiden Amerika Syarikat pulak.  Siap kutuk Presiden Trump ini macam-macam, seolah-olahnya KALAU Pakatan menang PRU14, nak putus hubungan diplomatik dengan Amerika lagaknya.

Apa punya politik kebencian yang dimainkan sampai semua sekali “dipukul” sama rata?  Tua 92 tahun yang kita cakapkan ni tapi berdendam macam budak-budak – gaduh dengan seorang, semua sekali yang berkaitan, dia “tak kawan”.

Najib pergi ni ada bawak banyak hasil timbal balik pelaburan yang menguntungan kedua-dua pihak.  Cakap pasal beli pesawat Boeing saja, ia ada keuntungan kepada rakyat negara ini sebab 14 syarikat dari negara kita turut mengeluarkan komponen pesawat untuk Boeing.  Disamping menunjukkan pemulihan MAS yang Mahathir cuba lingkupkan dulu untuk cover kerugian Forex Bank Negara RM 32 billion.

Itu belum kira hal-hal lain seperti menambah pelaburan yang telah dibuat, masing-masing oleh KWSP dan Khazanah.  Untung nanti ni akan diterjermahkan dalam bentuk dividen yang baik untuk semua pencarum KWSP dan sebagainya.

Kiranya, baik untuk rakyat semua ni.  Paling tidak pun, kira lagi baiklah dari Mahathir berjumpa Presiden US tapi tak bawak apa-apa hasil yang baik, bakar duit rakyat lagi ada.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana