BEER FESTIVAL HAK MEREKA, RUU355 TAK PULA MEREKA KATA HAK KITA

Majmuknya rakyat Malaysia dengan semangat muhibbah dan toleransi yang tinggi, sehingga umat Islam di negara ini dapat menerima hakikat bahawa tiada larangan kepada orang bukan Islam untuk meminum arak. Di mana pula tuduhan kononnya semangat muhibbah pelbagai kaum di negara ini tidak dihormati hanya gara-gara pembatalan acara Beer Festival 2017?

DAP perlu sedar, ada perbezaan di antara menerima hakikat bahawa orang bukan Islam dibenarkan meminum arak, dengan mempromosikan arak sebagai satu acara gilang gemilang. Perbandingannya adalah seperti rokok, di mana rata-rata masyarakat sudah sebati dengan perlakuan merokok oleh perokok dan disifatkan sebagai hak peribadi. Namun, kita semua akan bersetuju untuk menolak sebarang usaha untuk mempromosikan rokok seperti acara festival merokok, bukan?

Tidak mungkin DAP tidak sedar tentang sensitiviti umat Islam, atau lebih tepat kita tambahkan dengan sensitiviti umat patuh beragama (Buddha, Hindu, Kristian dan Sikh) berhubung dengan arak sedang Lim Kit Siang sendiri sudah lama berada di Malaysia, sehingga digelar antik politik.

Penyokong DAP di media sosial, yang mengecam tindakan DBKL membatalkan acara Beer Festival 2017 mempersoalkan hak mereka yang kononnya dinafikan dan dirampas. Alasannya, itu bukan urusan umat Islam. Malangnya, golongan yang sama tidak pula memberikan hak kepada umat Islam di dalam perkara RUU355. Kiasu sungguh!

Hakikatnya, kita semua tahu bahawa apa juga yang memabukkan, akan membawa mudharat kepada bukan sahaja si pelaku, malah masyarakat sekeliling. Elok sahaja dibatalkan, kerana Islam itu sendiri bersifat “prevention is better than cure”.

Janganlah anggap penulis sekadar retorik dan tidak faham tentang bahaya mabuk, kerana kereta penulis sendiri sudah hampir 2 bulan di bengkel untuk kerja-kerja baikpulih gara-gara dilanggar dari belakang oleh seorang pemandu mabuk.

Mujur penulis tidak alami sebarang kecederaan serius.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana