Baca apa ditulis warga Jerman yang sudah tinggal di Malaysia lebih 13 tahun ini, sebuah negara yang lebih baik dari negara Eropah mahupun di Asia.

Ramai yang bertanya kepada saya, mengapa saya masih di Malaysia selepas lebih 13 tahun. Inilah jawapan (maaf tidak dapat menulisnya dalam satu ayat).

UK: Jika tidak suka kepada VAT 20%? Anda boleh meninggalkan UK dan pergi ke Malaysia. GST mereka hanya 6%.

US: Anda mahukan khidmat kesihatan percuma? Anda boleh tinggalkan Amerika dan pergi ke Malaysia. Ia hampir percuma di Malaysia.

Hong Kong: Tidak mampu memiliki rumah? Anda boleh tinggalkan Hong Kong dan pergi ke Malaysia. Hampir kesemua berusia 35 tahun ke atas memiliki rumah sendiri!

Filipina: Apa? Anda mahu memiliki kereta? Tinggalkan Filipina dan pergi ke Malaysia. Hampir setiap rumah mempunyai lebih dari sebuah kereta!

Sweden: Anda merungut tentang kos sara hidup yang tinggi? Berhijrah ke Malaysia, kerana mereka antara negara yang mempunyai kos sara hidup yang rendah!

Kanada: Harga petrol terlalu mahal? Tinggalkan Kanada dan pergi ke Malaysia. Harga petrol mereka lebih murah dari Coca Cola!

China: Mahu mendapatkan tempat di sekolah menengah? Tinggalkan China dan pergi ke Malaysia. Mereka mempunyai banyak sekolah Cina untuk anda dan anda pasti mendapat tempat.

Jepun: Mahu menikmati kehidupan sambil bekerja? Tinggalkan Jepun dan pergi ke Malaysia. Mereka mempunyai cuti umum yang banyak. Mereka bekerja hingga jam 5 petang, manakala kakitangan awam bekerja sehingga 4.30 petang sahaja, dan semua bekerja 5 hari seminggu. Mereka boleh pergi menonton wayang, minum di Starbucks, makan di luar secara kerap dan kerap melancong.

Australia: Tidak gembira kedai ditutup terlalu awal? Hijrah ke Malaysia, mereka ada restoran 24 jam di mana-mana sahaja dan pasaraya dibuka sehingga jam 10 malam!

Indonesia: Mahukan Datuk Bandar berbangsa Cina? Tinggalkan Jakarta dan pergi ke Pulau Pinang. Ketua Menteri Pulau Pinang adalah dari kaum Cina sejak 1957!

Singapura: Anda bagi menyumpah dan memfitnah pemimpin anda di Facebook? Tinggalkan Singapura dan pergi ke utara republik anda. Mereka boleh berbuat demikian setiap hari.

Dan senarai ini tidak terhenti di sini sahaja.

Apapun, Malaysia adalah negara terbaik!

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana