Azmin perlu sedar diri... - Budiman

Menteri Besar Selangor seharusnya sedar diri bahawa keberadaannya di China baru-baru ini adalah tidak mungkin akan berlaku jika tiada usaha yang dibuat oleh Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan persekutuan.

Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi berkata, lawatan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ke China itu jelas satu tindakan hipokrit kerana selama ini pembangkang menyatakan segala usaha pelaburan yang dibuat kerajaan persekutuan sebagai sesuatu yang tidak memberi keuntungan kepada negara.

"Azmin baru sahaja selesai mengadakan lawatan ke China dengan alasan untuk menarik lebih banyak pelaburan ke China. Walaupun belum lagi dikeluarkan apa-apa laporan hasil lawatan tersebut, ternyata segala yang cuba diraih oleh kerajaan negeri Selangor adalah hasil dari inisiatif dan kerja keras yang telah dimulakan oleh Kerajaan Persekutuan.

"Datuk Seri Najib Tun Razak telah menggerakkan pelbagai usaha bagi membawa masuk pelaburan dari China sama ada melalui Government-to-Government (G2G), Businesss-to-Business (B2B) mahupun People-to-People (P2P) termasuklah yang dibuat ketika lawatan Perdana Menteri ke China pada bulan Mei lalu.

"Hasilnya, jumlah pelaburan China ke Malaysia dari usaha yang dibuat oleh Perdana Menteri ini mencecah lebih dari RM30 bilion. Usaha kerajaan persekutuan ini juga telah memungkinkan syarikat terkenal dari China iaitu Ali Baba Group untuk membuka hub pengedarannya di Sepang yang secara langsung dan tidak langsung akan membawa pulangan kepada kerajaan negeri Selangor.," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Tambah Budiman, kejayaan Perdana Menteri membawa sejumlah pelaburan yang besar ini telah dijadikan modal politik apabila pihak pembangkang mendakwa kerajaan persekutuan sedang menjual negara kepada China.

"Rakyat juga tidak harus ditipu melalui segala terma ekonomi serta pelaburan yang digunakan oleh pihak pembangkang dalam cubaan mengelirukan kefahaman rakyat serta membandingkan usaha mereka dengan perkara yang dibuat oleh kerajaan persekutuan.

"Rakyat tidak lupa juga sikap hipokrit pembangkang apabila kerajaan negeri Pulau Pinang turut sama mendapatkan pinjaman dari negara China bagi menampung perbelanjaan pembangunan di negeri tersebut," katanya.

Budiman berkata, pihak pembangkang pada hari ini umpama meludah ke langit.

"Cukup-cukuplah mengelirukan rakyat dengan sikap hipokrit mereka. Tindakan mereka ini bukan sahaja hipokrit malah cuba meraih keuntungan dan hasil dari usaha yang telah mereka kritik sebelum ini," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana