ANAK PUKUL EMAK MOHON AMPUN

Pelajar lelaki yang memukul ibunya dalam rakaman video yang tular sejak semalam memohon maaf kepada keluarganya dan menyatakan kesal dengan kejadian itu.

Perkara itu dinyatakan oleh Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Seraya, Ampang, Nordiana Othman yang bersama pihak sekolah mengunjungi keluarga tersebut hari ini.

Menurut Nordiana, kes itu dianggap selesai selepas pihaknya melakukan beberapa inisiatif termasuk menemui ibu bapa pelajar terbabit.

“Selaku PIBG kita telah mengambil inisiatif untuk mengesan, menyelesaikan masalah serta memberikan dorongan kepada pelajar serta keluarganya tanpa berbuat apa-apa. Sebenarnya pelajar ini berperwatakan baik dan suka menolong orang lain lebih-lebih lagi dengan jiran.

“Jadi kepada orang ramai kita harapkan tidak terlalu mudah untuk menghukum sebaliknya memberikan sokongan kepada keluarga itu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komiso­ner Hamzah Alias berkata, pihaknya kini melakukan siasatan kes tersebut di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan atas kesalahan mendatangkan kecederaan dengan sengaja.

Menurutnya, keterangan remaja berkenaan dan ibunya yang berusia 39 tahun juga telah diambil bagi membantu siasatan.

“Siasatan kes berkenaan me­rangkumi semua elemen. Jika perlu, kita akan panggil individu yang memuat naik video tersebut di laman Facebook.

“Buat masa ini, kita tidak boleh buat andaian kerana tidak tahu siapa yang menyebarkan video, mungkin guru atau individu yang merakam video itu yang sebarkan. Berilah kita siasat dahulu,” jelasnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana