ABIM HARUS BERTAUBAT, ATAU GUGURKAN ‘ISLAM’ DARI MEREKA

Tindakan Hal Ehwal Wanita, Angkatan Belia Islam Malaysia menghadiri perhimpunan unggu yang mengandungi sokongan terhadap “marriage equality” sangat menyedihkan dan menunjukkan badan tersebut sudah jauh terjerumus ke dalam kesesatan.

Himpunan Unggu kononnya mahu menggerakkan wanita menolak “Politik Toksik” – membantah perlakuan yang berunsur keganasan, perbuatan ancaman terhadap individu dan sikap berunsur rasis serta seksis.

Hakikatnya Himpunan ini sendiri merupakan toksik politik dan agama. Himpunan ini digerakkan oleh sekumpulan badan bukan kerajaan (NGO) yang sebelum ini merupakan pejuang marriage equality –

“the situation in which same-sex couples have the same legal right to marry as opposite-sex couples”.

Melihat dari poster-poster terdapat wanita bertudung yang memegang poster mendesak marriage equality nyata himpunan ini berjaya membawa wanita Melayu (Islamkah?) menghalalkan perkahwinan sejenis.

Gadis ini mungkin tidak faham maksud tersirat poster yang dipegangnya itu. Walaupun equality in marriage bermaksud hak sama rata suami isteri, tapi semua orang tahu agenda utama Comango ialah “marriage equality”. Malah dalam perkahwinan Islam juga tiada hak sama rata antara lelaki dan perempuan. Islam mementingkan keadilan bukan sama rata. Hak Isteri dan Suami tidak sama rata dalam Islam.

Apakah wanita-wanita ABIM menolak kelutusan Majlis Fatwa Negeri Pahang bahawa segala tuntutan Comango adalah bertentangan dengan hukum syarak mana-mana orang yang menyertai dan menyokong tuntutan Comango adalah haram!

Malangnya Wanita ABIM yang terbabit dengan agenda perkahwinan sejenis ini bukan jenis bodoh dan bangang. Tapi kerana ketaksuban mereka kepada Anwar Ibrahim mereka memejamkan saja mata atas matlamat yang bertentangan dengan agama ini.

Mungkin sudah tiba masanya Kementerian Dalam Negeri menggugurkan perkataan Islam dari ABIM kerana jelas mereka telah menyimpang dari ajaran Islam.

Oleh : Amin Yatim

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana