Zon Bebas Cukai : Wanita PAS Fitnah MB Razif

Jawapan balas kepada Syamsiah Abu Bakar, Pengarah Jentera Raya Muslimat Negeri Terengganu berkaitan dengan artikel yang bertajuk “Zon Bebas Cukai; Razif Tipu Rakyat”.

1. Pertamanya, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Pengarah Jentera Raya Muslimat Negeri Terengganu, saudari Syamsiah Abu Bakar, kerana berjaya membawa rombongan beliau ke Tasik Kenyir dan melawat Pulau Bayas di mana terletaknya pulau bebas cukai yang dijangka siap pada suku kedua tahun hadapan.

2. Tidak sia-sia rombongan saudari ke Tasik Kenyir baru-baru ini kerana penjelajahan saudari ke sana serba sedikit telah membantu menjana ekonomi pengusaha-pengusaha bot.

3. Saya juga ingin mengucapkan sekali lagi tahniah dan syabas kepada seluruh rombongan saudari Syamsiah kerana turut menyokong program perasmian kedai bebas cukai Kenyir (Kenyir Duy Free Shop) yang dirasmikan oleh Menteri Besar Terengganu Dato Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

4. Walaupun saudari mengatakan bahawa program tersebut telah dipropagandakan oleh media massa, namun taktikal kami serta usaha pihak Ketengah telah berjaya menarik saudari dan rombongan muslimat ke Tasik Kenyir.

5. Mungkin tanpa media yang menggembar-gemburkan program perasmian tersebut, saudari dan rakan-rakan tidak akan menjejakkan kaki ke Kenyir.

6. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan takziah kepada guru Geografi saudari Syamsiah kerana telah gagal mendidik saudari dalam mengenalpasti lokasi dengan tepat. Pengkalan Gawi dan Pulau Bayas pun saudari masih tertukar.

7. Mungkin saudari terlepas pandang ketika belajar dahulu dalam topik kordinat dan grid untuk kenalpasti lokasi dengan lebih tepat.

8. Tetapi tidak mengapa. Saya hargai usaha saudari dan rombongan kerana berjaya ke sana akhirnya.

9. Untuk makluman saudari Syamsiah, program perasmian serta kedai bebas cukai seperti dimaklumkan oleh pihak penganjur adalah di Pengkalan Gawi dan bukannya terletak di Pulau Bayas.

10. Saya dapati, ramai pengunjung yang bertandang ke hari pertama selepas perasmian tidak perlu mengambil bot dan hanya perlu berjalan kaki sahaja untuk ke kedai bebas cukai tersebut.

11. Ini kerana kedai tersebut terletak di Pengkalan Gawi dan bukannya di pulau.

12. Jadi, di mana letaknya penipuan oleh menteri besar sepertimana yang dituduh oleh saudari untuk mengabui mata rakyat dengan mengatakan bahawa kompleks bebas cukai sudah siap?

13. Usaha menteri besar dalam membuka kedai bebas cukai di Pengkalan Gawi sekalipun harus dipuji kerana sekurang-kurangnya rakyat tidak perlu lagi ke Langkawi untuk membeli belah seperti coklat, beg, pinggan mangkuk, minyak wangi dan sebagainya.

14. Walaupun barangan yang terdapat di situ tidak banyak seperti di Langkawi, tetapi saudari harus ingat bahawa tidak semua pihak Ketengah mampu sediakan kerana kita masih di peringkat kajian pasaran.

15. Buat apa kita masukkan barang banyak-banyak jika barang yang paling laris ialah minyak wangi, coklat, minyak wangi dan pinggan mangkuk?

16. Nak penuhkan barang dalam kedai pun bergantung kepada permintaan dan pasaran. Itu pun sekiranya saudari faham akan istilah-istilah ekonomi.

17. Seperti yang dimaklumkan oleh menteri besar dalam sidang media selepas perasmian tersebut, kompleks bebas cukai di Pulau Bayas masih dalam pembinaan dan dijangka akan siap sepenuhnya pada suku kedua tahun hadapan.

18. Ini bermaksud, projek pulau bebas cukai tersebut masih dalam “progress” dan proses penyiapan kompleks tersebut sedang berjalan seperti biasa.

19. Saudari Syamsiah perlu membuka kembali kamus bahasa Melayu di mana terdapat jurang perbezaan yang besar di antara maksud terbengkalai, belum siap dan tergendala.

20. Dalam kenyataan saudari pun sudah berbelit di mana di perenggan yang ketiga, saudari mengatakan bahawa kompleks tersebut masih belum siap dan tergendala manakala dalam perenggan ketujuh, saudari menuduh projek tersebut terbengkalai pula.

21. Saya tidak perlu jelaskan maksud terbengkalai, belum siap dan tergendala kerana saya yakin, di kalangan saudari ada yang bijak pandai di mana mereka boleh jelaskan dengan baik maksud-maksud perkataan tersebut.

22. Akhir kata, saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas sekali lagi kepada saudari dan rombongan kerana berjaya menjejakkan kaki ke Pulau Bayas.

23. Pesanan saya, lain kali gunalah jalan yang lebih elok yang telah kontraktor sediakan untuk memantau penyiapan projek tersebut pun. Janganlah gunakan jalan yang penuh semak-samun. Saya bukan apa. Risau takut digigit pacat atau terpijak haiwan berbisa. Nanti tak sempat pula saudari Syamsiah nak susun strategi untuk Pilihanraya Ke-14.

Sekian, terima kasih.

Fauzan Abdul Kadir
Pegawai Khas Media
Kepada YAB Menteri Besar Terengganu

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana