Zahid tembak balik…dedah ada rakaman Dr Mahathir bohong dakwanya nak jatuhkan PM

Kecuali puak tegar pembangkang…sebenarnya dari awal ramai yang ragu pada dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi adakan pertemuan denganya pada tahun 2015 untuk minta bantuan jatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Cuma bunyinya cukup meyakinkan apa lagi ini bukan cakap orang tepi jalan…tetapi seorang bekas Perdana Menteri selama 22 tahun dan…seorang bertaraf negarawan.

Ini yang menyebabkan dakwaan Pengerusi Pakatan Harapan itu telah mencetuskan cakap politik di kalangan orangramai yang telan bulat-bulat dakwaan itu.

Tanda tanya yang berlegar apakah Zahid sudah pasang nawaitu untuk khianati orang yang melantiknya sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Namun nampaknya panas dakwaan Dr Mahathir tidak sampai ke petang.

“Mungkin dia  (Dr Mahathir) sudah lupa...jerat tak akan lupa pelandok’, …itu kata Timbalan Perdana Menteri ketika mendedahkan cerita sebenar mengenai pertemuan itu semasa beliau berucap merasmikan mesyuarat UMNO Bahagian Jerlun,Kedah petang Jumaat.

Dari kata-kata Zahid itu Dr Mahathir kantoi habis dan pasti terbelit simpul mati dengan dakwaan fitnah.

Dimana agaknya seorang negarawan hendak letak muka sanggup berbohong hal yang sangat serius sebegitu.

Pada ucapan yang menarik perhatian ramai itu,Zahid telah menceritakan detik-detik pertemuan itu yang diadakan 10 hari selepas beliau dilantik pegang jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 29 Julai 2015.

Ini juga mungkin Dr Mahathir tidak tahu…Zahid kata beliau telah mendapat izin dari Najib untuk adakan pertemuan itu.

Lagi teruk Dr Mahathir kantoi berbohong….ialah Zahid ada rakaman perbualan mereka semasa pertemuan itu.

Sambil menegaskan beliau tidak akan gigit tangan orang yang beri makan padanya ( PM Najib) ,Timbalan Perdana Menteri berkata,’ macam mana ada lojik saya ( nak jatuhkan PM) 10 hari selepas dilantik Timbalan Perdana Menteri.”

“Dia ( Dr Mahathir) kata saya nak jatuhkan Perdana Menteri…sedangkan dia yang rancang,”katanya.

Zahid mendedahkan semasa pertemuan itu Dr Mahathir telah memberitahu beliau meminta pemimpin pembangkang dan pemimpin UMNO yang hilang jawatan buat undi tidak percaya di Parlimen.

Jika tidak berjaya, orang itu ( Dr Mahathir) sebut  nak buat memorendum kepada Raja-Raja Melayu agar yang Dipertuan Agong pecat Najib.

“Perbualan saya dirakam…masih ada dalam simpanan saya,”kata Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri.

Dalam ucapan itu,beliau juga telah menceritakan bahawa Dr Mahathir memang tidak begitu gemar padanya sejak lama dulu.

Katanya semasa ditahan ISA ( selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat Timbalan perdana Menteri tahun 1998) beliau telah ‘dipaksa’ agar letak jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Menurutnya sewaktu dalam tahanan itu beliau juga diminta tulis surat kepada Dr Mahathir sahkan perletakan jawatannya bukan atas paksaan.

Mengenai dakwaan beliau bersifat perkauman ungkit asal usul Dr Mahathir...Zahid nafi isu berkenaan bersifat demikian.

Katanya beliau tidak ada  nawaitu itu langsung dari sudut itu bila membangkitkan hal berkenaan .

Buktinya kata Timbalan Perdana Menteri beberapa hari sebelum itu beliau hadiri pertemuan mesra dalam satu majlis masyarakat Malabari dekat Kuala Lumpur

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana