Zahid: PRU-14 ibu kepada PRU dan perang besar

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesa semua pihak supaya tidak menoleh ke belakang, sebaliknya meneruskan kesinambungan perjuangan demi kesejahteraan rakyat dan negara.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata sekalipun cabaran semakin getir, perjuangan perlu diteruskan.

“Itu semua perkara lama, kita kena ada daya tahan. Kita tidak boleh menoleh ke belakang. Bila kita pandu kereta, kita tidak boleh toleh ke belakang kerana kita akan kemalangan. Sesekali kita boleh jeling dan tengok cermin ke belakang.

“Ertinya kita tidak boleh menoleh ke belakang dalam perjuangan kita. Kita kena teruskan perjuangan kita,” kata Zahid.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pulai, di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat, hari ini.

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Pulai yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Sementara itu, Zahid mengingatkan semua bahawa pilihan raya umum akan datang dianggap sebagai ibu kepada PRU dan satu peperangan besar.

“Sebagai pejuang parti, kita bukan pejuang materialistik tetapi untuk memastikan kemenangan, kita memerlukan komitmen semua,” katanya.

Tambah Ahli Parlimen Bagan Datoh itu,  setiap ahli parti perlu memastikan ‘rumah’ UMNO dipertahankan.

“Kita tahu rumah UMNO dah lama dah berusia 71 tahun dan akan ada lantai rosak, dinding berlubang, bumbung bocor. Kalau perlu kita baiki tetapi kita perlu pertahankannya kerana tiang serinya masih kukuh,” kata Zahid yang menjalankan tugas sebagai Timbalan Presiden UMNO.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana