ZAHID MEMBUATKAN WANITA MCA TERPUKAU SEMALAMAN

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memukau tetamu majlis makan malam apabila beliau memberitahu mereka dalam bahasa Mandarin bahawa “kita adalah sebuah keluarga walaupun berbeza kaum”.

“Saya Melayu, anda Tionghua. Tetapi kita semua rakyat Malaysia. Kita adalah satu keluarga,” kata beliau dalam bahasa Mandarin pada awal ucapan di malam Anugerah Kecemerlangan Wanita MCA dan majlis makan malam sempena sambutan Hari Wanita yang berlangsung di Seri Kembangan, Kuala Lumpur malam tadi.

Ucapan beliau disambut dengan tepukan gemuruh daripada kira-kira 1,000 tetamu terdiri daripada pemimpin wanita masa lalu dan masa kini dalam pelbagai bidang serta wakil dari pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Pada majlis itu, Ahmad Zahid menyampaikan anugerah kepada enam wanita Cina yang cemerlang termasuk bekas Menteri Pelancongan dan Naib Presiden MCA Tan Sri Dr Ng Yen Yen dan juruterbang pesawat pejuang wanita pertama MiG-29 Malaysia dan Asia, Mejar Patricia Yapp Syau Yinn.

Turut hadir Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Ketua Wanita MCA Datuk Heng Seai Kie.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana