ZAHID MAT ARIP AMPT PPBM YANG KENYANG RASUAH FELDA AKHIRNYA 'DIBANGSATKAN' SELEPAS DITAHAN SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM Zahid Mat Arip yang dahulunya adalah pegawai khas Pengerusi FELDA bagi membantu siasatan berhubung pembelian hotel oleh Felda Investment Corporation (FIC) di Kuching, Sarawak.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad berkata Zahid Mat Arip ditahan pada pukul 4 pagi tadi di pejabat SPRM Putrajaya selepas hadir memberi keterangan.

Zahid Mat Arip adalah antara pegawai khas yang kenyang dan kaya raya ketika Tan Sri Isa Samad menjadi Pengerusi FELDA. Selepas diberhentikan dari Felda dan 'dedak' habis Zahid Mat Arip meroyan mengutuk kerajaan khususnya PM Najib dan akhirnya keluar UMNO menyertai PPBM serta dipungut menjadi AMPT PPBM.

Pada Jumaat lepas, Dzulkifli KP SPRM mengarahkan kertas siasatan dibuka untuk menyiasat pembelian hotel di Kuching itu yang disyaki dibeli dengan harga yang lebih tinggi daripada pasaran.

Sumber berkata Zahid Mat Arip antara pegawai yang menerima komisen yang tinggi dari urus niaga ini.

Empat individu sudah ditahan bagi membantu siasatan berhubung pembelian hotel berkenaan pada tahun 2014.

SPRM memulakan siasatan ke atas pembelian hotel di Kuching itu susulan maklumat yang diterima oleh pasukan penyiasat ketika menjalankan siasatan terhadap pembelian hotel di London oleh FIC sebelum ini.

Semalam Zahid Mat Arip dalam satu komen terhadap YAB Dato' Seri Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri menggunakan kata-kata kesat 'bangsat' memaki TPM. Hari ini nampaknya dia yang 'bangsat' masuk lokap SPRM dahulu.

Apa kata PPBM apabila AMPT PPBMnya ditangkap SPRM kerana rasuah? PPBM dan pembangkang bising mengenai FELDA rupanya Zahid Mat Arip AMPT PPBM punya kerja!

Siapa seterusnya? Pembangkang jangan sombong dan mendabik dada. Jangan usik sarang tebuan.Minggu depan katanya ada yang panas. Sabar menanti.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana