YANG SAMAN PAS, YANG MAHKAMAH UK BUKTIKAN TAK KORUP, NAJIB

AGAK pelik kenapa Pakatan yang begitu mengagung-agungkan sistem keadilan negara luar, tidak memperbesarkan pulak keputusan Mahkamah di United Kingdom yang mengenepikan dakwaan Claire Brown kononnya Datuk Sri Najib adalah seorang yang korup (kerana tidak ada bukti) dan seterusnya menolak permohonan Claire untuk membatalkan saman tersebut.

Keputusan Mahkamah di UK itu sebenarnya lebih panjang dan kompleks dari itu tapi untuk tujuan penulisan ni, kita ambik yang mana untung sajalah – macam tak biasa pulak.

Tapi yang pentingnya, Mahkamah UK buat keputusan tu, United Kingdom bukan Ulu Klang, kasi hebohlah.  Kalau Mahkamah dalam negara ni kang, tuduh tak adil dan Najib campur tangan semua kononnya, ini Mahkamah UK tau.  Nampak sangat adil tak adil Pakatan ni, ikut faham politik semata-mata.

Beratus ribu gamaknya duit Mahathir habis menghantar orang=orangnya sendiri untuk membuat laporan mengenai 1MDB di beberapa buah negara asing tapi apa yang Mahathir dapat hanyalah sensasi dari siasatan yang dilancarkan pihak yang menerima laporan.  Tidak ada pendakwaan apatah lagi keputusan Mahkamah yang boleh dijadikan bukti untuk mengatakan Najib ini seorang yang bersalah.

Ya betul, yang dibualkan, yang disensasikan dan yang dijadikan asas untuk menuduh Najib itu dan ini, hanyalah sensasi dari siasatan saja rupanya, tidak ada keputusan dari proses perbicaraan yang sebenarnya seperti berlaku di UK dalam hal PAS menyaman Claire Brown ini.

Apa pun, perkembangan setakat ini membuktikan bahawa Najib ini berada dalam perlindungan Allah swt. Buktinya, walaupun PAS saman Claire tapi yang direkodkan Mahkamah UK sebagai tidak korup ialah Najib.  Pandanglah dari sudut mana sekalipun, Najib sedang menang dan Mahathir sedang kalah.  Orang lain yang buat kerja, berhabis duit dan sebagainya tapi Najib yang dapat nama baiknya.

Elok macam mana lagi nak?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana