'Ya' atau 'tidak'...kini jadi penentu hidup mati Dr Mahathir....Tua Tua Masih Nak Berbohong Dan Putar Belit...Masyallah

Ini bukan fitnah.Tun Dr Mahathir Mohamad pun tahu jika ia satu fitnah beliau tidak ada tempat dalam dunia  luas ini untuk sorok mukanya yang ‘malu besar’.

Serata ceruk dunia tahu dari mana cerita ini bermula dan ada simpan apa beliau pernah cakap dulu.

Tiada siapa yang sanggup melihat seorang berstatus negarawan terjebak dalam situasi yang rumit ini ibarat kata ‘ telan mati emak…luah mati bapa’.

Sayangnya beliau sendiri yang pasang jerat dan kini beliau sendiri yang terjerat.

Nampaknya program Nothing To Hide 2 pada petang Ahad lalu di Shah Alam membuat semakin ramai orang buka mata pada satu tandatanya besar yang sedang berlegar dalam negara.

Bekas Perdana Menteri selama 22 tahun ini sejak dulu menampilkan karektor yang tegas dan tidak goyang.

Namun siri U-Turn dalam pelbagai pendirian sejak masok kolam pembangkang semakin membuka pekong.

Rasanya Dr Mahathir tidak boleh marah jika Datuk Seri Zahid Hamidi kata beliau boleh buat muka kering sekalipun berkali-kali berbohong.

Ini kerana baru saja Timbalan Perdana Menteri itu difitnah secara terbuka olehnya konon jumpa pada Ogos 2015 untuk minta bantunya guling Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sejak buat pendedahan itu ketika berucap merasmikan UMNO Bahagian Jerlun pada 4 Ogos beliau ada rakaman perbualan mereka bukti dakwaan itu bohong…sampai hari ini Dr Mahathir tidak jawab.

Memang aneh…bekas Perdana Menteri itu terus membisu berdepan satu isu satu besar yang bikin rosak imejnya didakwa memfitnah seorang Timbalan Perdana Menteri.

Juga memang aneh…isu dalam isu soalan cukup mudah ini Dr Mahathir tidak tahu beri jawapan yang semua orang hendak dengar ..’ya’ atau ‘ tidak’.

Soalannya ialah samaada beliau masih berpegang kepada kata-katanya dulu Datuk Seri Anwar Ibrahim meliwat.

Ini berkaitan dengan pendiriannya sewaktu singkir Anwar tahun 1998 bahawa bekas timbalannya tidak layak jadi Perdana Menteri kerana terlibat perbuatan keji.

Seperti yang ditanya oleh seorang hadirin,Fariz Hadi di Nothing To Hide 2 : “Adakah Datuk Seri Anwar Ibrahim benarp-benar pesalah peliwat negara ataupun beliau hanya mangsa kerakusan politik Tun Mahathir  mempertahankan kuasa?”

Sebaliknya bekas Perdana Menteri itu sudah belit jawapan...meminta jangan ungkit kisah lama.

Apa yang jelas Dr Mahathir bukan tidak faham soalan itu,namun beliau cukup faham penyakit dan risiko politik yang akan dihadapi jika bagi jawapan benar.

Maka hancur berkecai segala drama dakapan mesra dan kasih sayang yang kini menjadi ikatan dibawah payung beliau sebagai Pengerusi Pakatan Harapan untuk hadapi pilihanraya umum ke 14.

Bayangkan bagaimana bergegar reaksi Datuk Seri Wan Azizah Ismail,Nurul Izzah,Datuk Seri Azmin Ali,Lim Kit Siang,Mat Sabu dan mereka lain yang sewaktu cuba gambarkan Anwar sebagai ‘ anugerah Tuhan’ jika Dr Mahathir ulangi pendirian pendirian lamanya pasal meliwat itu.

Namun hajat beliau untuk lepas diri dan main sorok-sorok dalam bab ini tidaklah mudah.

Kini bukan setakat orangramai…parti PAS sendiri sudah tampil mencabar Dr Mahathir bagi jawapan kepada tanda tanya itu.

Pendirian parti itu disuarakan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah.

Timbalan Menteri Besar Kelantan itu kata Dr Mahathir perlu memohon maaf kepada Anwar berhubung tuduhan liwat pada 1998 jika dakwaan itu tidak benar.

"Kalau betul tuduhan itu tuduhan palsu, pada pandangan saya Mahathir perlu minta maaf secara terbuka.

“Benda ni (tuduh liwat) mengaibkan Anwar dan keluarganya, bukan benda kecil, dah jadi isu negara, dunia,” katanya.

Tekanan makin memuncak.Mahu tidak mahu Dr Mahathir memang tidak boleh lari dari memberi jawapan yang dituntut.

Beliau ada blog chedet,ada sidang akhbar dari masa ke semasa,ada forum sana sini,ceramah di serata ceruk negara dan lain-lain untuk jawab.

Untuk berlaku adil kepadanya mencari formula bagaimana hendak jawab…semua orang boleh sama-sama membilang hari sementara menanti…dan menanti.

Dr Mahathir pernah bersilat mengatasi segala macam isu besar semasa jadi Perdana Menteri dulu.

Kini...satu jawapan mudah 'ya' atau 'tidak' jadi penentu hidup mati di penghujung karier politiknya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana