WAKIL RAKYAT PH BERARAK KE BANK NEGARA, SERAH MEMORANDUM SIASAT 1MDB...BONGOK PH NI

Kenapa diam saja Isssue Lim Guan ENg.....inilah bangangnya pemimpinan PH....bangkai gajah didepan mata buat tak nampak...kuman diseberang laut boleh nampak plak?

Lebih 40 wakil rakyat pembangkang diketuai Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan hampir semua pimpinan tertinggi Pakatan Harapan berjalan dua kilomoter dari bangunan Parlimen ke Bank Negara Malaysia, hari ini, bagi menyerahkan memorandum menggesa bank pusat itu membuka semula kertas siasatan ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Memorandum itu diserahkan kepada wakil Gabenor Bank Negara, Datuk Seri Muhammad Ibrahim untuk mendesak beliau menjalankan semula siasatan terhadap syarikat pelaburan kerajaan tersebut berdasarkan beberapa bukti termasuk dakwaan wujudnya penyaluran dana ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abd Razak.

Malah memorandum itu turut meminta BNM menyiasat kesahihan pelaburan ‘unit’ bernilai AS$2.3 bilion (RM9.86 bilion) yang didakwa disimpan dalam akaun Bank BSI, Singapura sebagai pemegang amanah.

“BNM perlu menyiasat perkara-perkara ini secara proaktif dan telus, dan kami bersedia memberikan sebarang kerjasama berkait isu ini sekiranya perlu, demi rakyat Malaysia dan integriti sistem kewangan negara.

“Kami percaya bahawa kegagalan 1MDB untuk menebus pelaburan ‘unit’ tersebut untuk membayar hutang kepada syarikat kerajaan Abu Dhabi, IPIC telah menjejaskan integriti sistem kewangan Malaysia,” menurut memorandum itu, yang disokong pimpinan kanan Pakatan Harapan (PH) dan Parti Warisan Sabah (Warisan).

Mereka mula berjalan dengan membawa kain rentang dan poster dipotong menyerupai bentuk berlian dari pintu masuk Parlimen kira-kita jam 9.00 pagi dan tiba di bangunan Bank Negara Malaysia pada 9.35 pagi

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana