Video: Mahathir Buat Jenaka Tersasul Sebut Nabi Isa Ketika Nak Sebut Nama Isa Samad


Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad telah tersasul menyebut nama Nabi Isa a.s, mungkin untuk berjenaka ketika mahu menyebut nama bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Abdul Samad.

Memetik laporan Malaysia Digest, gimik berkenaan dilakukannya ketika menjawab soalan moderator berkenaan isu Felda ketika program Nothing To Hide 2.0, Ahad lepas.

“Berkenaan dengan Felda, ini adalah satu ladang terbesar di dunia. Mempunyai hampir dua juta ekar ladang, sudah tentu dua juta ekar ini mempunyai nilai yang tinggi jika dijual dengan nilai tanah sahaja sekalipun.

“Ianya memberi pulangan kepada peneroka-peneroka yang telah diberi peluang untuk memiliki tanah ini. Maka datanglah seorang yang bernama Isa Alaihis Salam, eh… Isa Samad,” kata Dr Mahathir yang kemudiannya disambut gelak ketawa penyokong PPBM di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7 Shah Alam.

Mengulas penangkapan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM, Zahid Md Arip yang sebelumnya adalah bekas pegawai khas kepada Isa Samad, Pengerusi PPBM itu mengaitkan penahanan tersebut konon cubaan untuk menyelamatkan Isa Samad.

“Orang yang kerja dengan dia, kena tangkap, kononnya orang ini yang curi duit.

“Dia (Zahid) kena tangkap sebab nak cari jalan nak lepaskan Isa Samad. Inilah sebabnya”, kata Dr Mahathir merujuk kepada tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan Zahid untuk siasatan kes rasuah.

Zahid yang dilantik sebagai Ahli Pimpinan Tertinggi PPBM akhir tahun lepas, diberkas SPRM diatas dakwaan berlaku rasuah dalam urusan pembelian hotel empat bintang di Kuching Sarawak oleh Felda Investment Corporation (FIC).

Hotel berkenaan dibeli dengan harga terlalu tinggi sehingga menyebabkan kerugian kepada FIC. – SuaraTV

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana