Video Dr Mahathir Desak PAS Jangan Jadi Pengacau...Tak Sedar Madey Sebenarnya Perpecahan Orang Melayu

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad mendesak supaya PASjangan jadi “pengacau” ketika gabungan yang diketuainya, PH cuba untuk menembusi Terengganu –kubu musuh parti pembangkang.

“Tolonglah, jangan jadi pengacau. Saya sedih dengan PAS ini. Tak pernah menang, tak boleh jadi kerajaan. Tapi masuk jadi pengacau. Nak pecah belah orang Melayu supaya BN menang,” katanya dalam ceramah ‘Selamatkan Malaysia’ dekat Kampung Raja, Besut, Terengganu, malam tadi.
Turut berceramah bersama Dr Mahathir, Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail dan Pengerusi Amanah Terengganu, Dato Raja Kamarul Bahrin Shah.

Dalam ucapannya itu, Dr Mahathir berkata PAS hanya mampu menawan paling banyak 13 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen ketika ia bertanding sendirian sepanjang 13 PRU yang lepas.
“Bila ia bekerjasama dengan DAP, mereka boleh menang 27 kerusi Parlimen. Jadi tak boleh kerajaan pun.

“Jadi bagaimana mereka boleh jadi ‘kingmaker’. Tolonglah, jangan jadi pengacau,” katanya.
Sementara itu, ketika Dr Mahathir menghadiri majlis perasmian PH Kelantan di Machang, bekas Perdana Menteri itu berkata PH sedia menggulingkan PAS di negeri itu kerana menghalang kemajuan.

“Kemajuan Kelantan terhalang kerana kita perlu ada kecekapan,” katanya.
Turut hadir dalam majlis pelancaran PH Kelantan itu adalah Pengerusi PKR Kelantan, Abdul Aziz Kadir, Pengerusi Amanah Kelantan, Datuk Wan Rahim Wan Abdullah dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana