Veteran angkatan tentera pula terima berita gembira dari PM…Geng PH Panas Mata Katanya Semuanya DEDAK BELAKA

Selepas umum berita gembira berupa insentif baru kepada warga Felda baru-baru ini...kini giliran veteran anggota tentera Malaysia (ATM) pula.

Pengumuman berkenaan dibuat dalam himpunan yang meriah dan penuh semangat seramai kira-kira 15,000 veteran ATM di sebuah dewan di Seri Kembangan,Serdang,Selangor petang Isnin.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang pernah jadi Menteri Pertahanan selama 14 tahun juga berucap dengan penuh semangat ketika mengimbas kembali pelbagai kenangan semasa mentabir warga benteng pertahanan negara itu.

Majlis itu turut dihadiri  Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

Turut sama dalam perhimpunan raksasa itu adalah Panglima Tentera Laut (PTL), Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin; Panglima Tentera Udara (PTU), Jeneral Datuk Seri Affendi Buang dan Presiden Persatuan Veteran ATM (PVATM), Laksamana (B) Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor.

Dicelah tepukan dan sorakan gemuruh,Najib mengumumkan lima insentif baru untuk tambahbaik lagi kebajikan veteran ATM.

Antaranya ialah 66,000 veteran ATM yang tidak berpencen akan menerima Bantuan Bakti Negara (BBN) sebanyak RM1,200 setahun.

Golongan ini juga adalah penerima B1RM dari kerajaan.

Manakala seramai 10,959 veteran ATM tidak berpencen yang berumur 60 tahun ke atas akan diberi insentif RM600 setiap tahun.

Najib juga mengumumkan penambahbaikan Skim Anuiti Veteran (SAVe) untuk membolehkan mana-mana anggota ATM mengambil keputusan bagi bersara awal layak menerima pencen bulanan menerusi caruman hasil pelaburan kerajaan.

"Anggota yang diberhentikan awal akibat kecederaan ketika menjalankan tugas akan menerima kenaikan pencen 300 hingga 800 peratus, iaitu bersamaan nilai RM500 hingga RM2,000.

"Kerajaan juga akan menambah Insentif Veteran Kelainan Upaya sebanyak RM500 setahun, menjadikan jumlah keseluruhan RM1,000 daripada dana kutipan Tabung Pahlawan," katanya.

Selain itu Perdana Menteri umum kerajaan turut bersetuju menambah kuota haji bagi veteran ATM daripada 100 sekarang kepada 400 tempat bermula untuk tahun ini.

Beliau juga memberitahu projek-projek rumah murah untuk kemudahan veteran dan anggota sedang berkhidmat akan diumum dalam masa dua tiga bulan dari sekarang.

Pada majlis itu Najib juga kerajaan akan beri peruntukkan RM5 juta kepada Tabung Pahlawan tahun ini.

Beliau berkata ini adlaah untuk membolehkan kutipan tahun ini mencecah rekod tertinggi kali ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana