USAH TERPERANGKAP DENGAN TUDUHAN TERBARU TUN M TERHADAP TPM – ANNUAR

Ahli UMNO diseru untuk tidak terperangkap dengan strategi musuh khususnya tohmahan dan fitnah terbaru yang dilemparkan oleh Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad yang sekali lagi berusaha memecah belahkan parti keramat Melayu itu.

Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata, Dr Mahathir tidak pernah berputus asa walaupun seringkali serangan fitnahnya untuk menimbulkan keretakan terhadap UMNO menemui kegagalan.

“Fitnah Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang terbaru terhadap Timbalan Perdana Menteri (TPM) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, kononnya TPM memohon sokongan beliau untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, adalah satu lagi percubaan Dr Mahathir untuk menanamkan syak wasangka di kalangan sanubari setiap ahli UMNO,” tegas Annuar.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan, pada Khamis.

Tambah Annuar, tohmahan terbaru ini adalah sama seperti mana ketika Dr Mahathir tanpa segan silu mendakwa RM42b wang 1MDB hilang atau lesap pada tahun lepas.

“Ia bertujuan semata-mata untuk mengapikan dan membangkitkan kemarahan ahli UMNO.

“Alhamdulillah, ahli UMNO tetap terus kental dengan istiqamah dan solidariti serta tidak mudah terpesong dengan tipu muslihat Dr Mahathir itu,” jelasnya.

Menurut Annuar lagi, tindak tanduk dan kenyataan Dr. Mahathir hari ini boleh dipersoalkan dan amat bercanggah 360 darjah ketika beliau berkuasa menjadi Perdana Menteri dahulu.

“Apatah lagi kini Dr Mahathir sendiri mengakui beliau sebenarnya tidak memusuhi DAP yang dulunya beliau serang habis-habisan sebagai rasis dan anti-Melayu.

“Dr Mahathir tidak pun berkata benar apabila beliau menuduh Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak jadi pemimpin UMNO kerana kesalahan moral yang mengaibkan. Begitu juga tuduhan-tuduhan Dr Mahathir terhadap campur tangan asing, dan semua itu kini ternyata tidak benar,” katanya.

Annuar juga membidas Dr. Mahathir yang sanggup melakukan pembohongan terhadap rakyat demi menghalalkan strategi politiknya.

“Sekiranya begitu, mudah bagi Dr Mahathir untuk membohongi rakyat, dulu atau sekarang, tiada ada apa yang menghalangnya untuk terus menghalalkan pembohongan sebagai strategi politiknya,” bidas Annuar. – BNBBC

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana