UMNO, PAS PERLU BERSATU HADAPI PERTAHAN ISLAM HADAPI GERAKAN EVANGELISME

UMNO dan PAS diminta bersatu untuk mempertahankan kedaulatan negara dan Islam daripada ancaman gerakan radikal evangelisme yang turut didalangi sebahagian kepemimpinan tertinggi parti pembangkang.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM), Prof Datuk Mohamad Naser Disa, berkata jika kedua-dua parti itu mempunyai perjuangan untuk mendaulatkan Islam, mereka perlu bersatu berjuang menentang musuh lebih besar yang mahu meruntuhkan agama Islam di negara ini.

Beliau berkata, seluruh rakyat di negara ini perlu sedar kewujudan puluhan ribu anggota gerakan radikal evangelisme yang mula mempengaruhi orang ramai dengan menggunakan istilah provokatif untuk menafikan kedaulatan Yang di-Pertuan Agong.

“Apa yang membezakan kedua-dua parti itu hanya cara mentadbir, tapi perjuangan mereka masih sama iaitu mendaulatkan agama Islam seperti dilafazkan Yang di-Pertuan Agong.

“Justeru, mereka tidak perlu lagi bertelagah, tapi bersatu menentang ancaman gerakan radikal evangelisme memandangkan antara seruan kumpulan ini adalah mahu menawan negara dan menegakkan prinsip ketuhanan dalam agama Kristian.

“Perkara ini terbukti dengan tindakan mereka terutama ahli politik yang menentang pelaksanaan Rang Undang-Undang 355 (RUU355) bagi menaiktaraf Mahkamah Syariah sekaligus mempertikaikan ketaatan kepada Yang di-Pertuan Agong dan Sultan kerana sudah tidak menganggap kewajiban mereka untuk memelihara Islam sebagai agama persekutuan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Forum Evangelisme dan Kedaulatan Negara yang dirasmikan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Dr Yusri Mohamad, di Kompleks Jabatan Pendidikan Kelantan, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamad Naser berkata, pihak polis juga digesa membuat penyiasatan serius mengenai perkara itu di bawah Bab 6 Kod Jenayah yang menyebut kesalahan terhadap negara, selain boleh guna pakai Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) berkaitan keselamatan negara.

Katanya, ini kerana, sifat radikal mereka sudah menjadi ancaman kepada negara kerana mengikut Seksyen 121B Kanun Keseksaan, apa-apa perancangan, niat dan tekad untuk menafikan kedaulatan Yang di-Pertuan Agong serta Sultan, ia sudah menjadi kesalahan.

“Kita kena mula sedar mengenai ancaman evangelisme, sekularisme dan liberalisme di negara ini yang semakin berleluasa. Ramai di kalangan umat Islam juga sudah dipengaruhi supaya bebas daripada ajaran Islam,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana