Umno-BN ada 67 peratus peluang menang di Permatang Pauh, kata Abdul Azeez

PERMATANG PAUH: Umno-Barisan Nasional (BN) mempunyai 67 peratus peluang untuk memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Menurut Abdul Azeez, keyakinan itu adalah berdasarkan kepada kajian yang dijalankan pihaknya menunjukkan rakyat di Permatang Pauh merajuk dan berkecil hati dengan kepimpinan PKR selama 16 tahun di kawasan itu.

"Kami boleh menang lebih 5,000 majoriti pada pilihan raya umum akan datang, insya-Allah.Saya nak kita bekerja, memastikan kita sentiasa bersemangat untuk memastikan kemenangan BN di Permatang Pauh.

"Kalau nak menang, masih ada ruang untuk daftar pemilih. Saya nak minta Datuk Mohd Zaidi (Ketua Bahagian Umno Permatang Pauh) untuk fikirkan bagaimana sebelum hujung bulan September ini daftarkan lagi 3,000 pengundi," katanya yang juga Pengerusi Daftar Pemilih dan Keahlian Umno.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Permatang Pauh, di Bukit Mertajam hari ini.

Turut hadir Ketua Bahagian Umno Permatang Pauh Datuk Mohd Zaidi Mohd Said dan Setiausaha Umno negeri Datuk Musa Sheikh Fadzir.

Abdul Azeez turut mengingatkan jentera pilihan raya Permatang Pauh untuk sentiasa turun padang berjumpa rakyat dan mendengar masalah mereka sekali gus mencari jalan menyelesaikan isu berbangkit.

Sementara itu, Mohd Zaidi ketika ditemui berkata Umno mampu merampas kembali kerusi kawasan itu berdasarkan sambutan yang diberikan masyarakat terhadap program anjuran Umno selain trend komen positif rakyat terhadap parti itu di media sosial.

Beliau berkata tindakan PAS memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR turut memberi kelebihan kepada Umno dalam usaha merampas kembali kerusi itu.

"Ini adalah tahun keempat Permatang Pauh di bawah kepimpinan saya. Berdasarkan kepada keadaan ataupun mood semasa tahap keyakinan memang berada dalam keadaan lebih baik berbanding sebelum ini," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana