TUN MAHATHIR TOKOH DI BELAKANG BUKU ‘HADIS SATU PENILAIAN SEMULA’

Ada kawan yang berkata kepada saya, kalau kita mahu tahu apa sebenarnya agenda Islam Pakatan Harapan, jika benar ia ada, maka apa yang perlu dilakukan hanyalah melihat sahaja pemikiran Islam Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kata saya kepada beliau pula, kalau kita mahu tahu apa sebenarnya pemikiran Islam Tun Dr Mahathir, maka apa yang perlu dilakukan hanyalah melihat sahaja tulisan-tulisan salah seorang daripada beberapa orang kawan rapat beliau, iaitu Dr Kassim Ahmad.

Saya sendiri telah membaca buku-buku tulisan Dr Kassim, di antaranya ialah sebuah buku bertajuk “Mencari Jalan Pulang: Daripada Sosialisme Kepada Islam” yang diterbitkan pada tahun 2008, dengan kata pengantarnya ditulis sendiri oleh Tun Dr Mahathir.

Di dalam buku ini, Dr Kassim menulis mengenai betapa Tun Dr Mahathir, “dari awal, secara peribadi telah memberi sokongan” kepada buku “Hadis – Satu Penilaian Semula” yang telah diharamkan oleh beberapa buah pihak berkuasa agama dalam negara kita.

Mengikut fatwa-fatwa tersebut, buku “Hadis – Satu Penilaian Semula” ini “mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariat Islam serta boleh mengelirukan dan menyesatkan masyarakat Islam” dan “orang Islam dilarang mengamalkan apa-apa ajaran, pandangan atau fahaman yang terkandung dalam buku itu”.

Di dalam buku “Mencari Jalan Pulang” ini juga, Dr Kassim menulis mengenai betapa beliau tahu beliau “terlindung daripada tangkapan (pihak polis) berkat kerana sikap Dr Mahathir”.

Bila dimaklumkan oleh saya mengenai pendedahan Dr Kassim terhadap pemikiran Islam Tun Dr Mahathir ini, maka kawan saya tadi lantas berkata, “ngeri untuk difikirkan nasib Islam di negara ini jika Pakatan Harapan yang dipimpin oleh Tun Dr Mahathir berjaya memerintah Malaysia”.

Dr Kamarul Zaman Yusoff,
Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN),
Universiti Utara Malaysia (UUM).

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana