Tun M sebenarnya guna UMNO jatuhkan musuh politik...Madey Lah Yang Hancurkan Sesama Melayu

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi membidas kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mendakwa dirinya dipergunakan UMNO dan orang Melayu.

Jelas Puad, bekas perdana menteri itu sebenarnya telah menggunakan UMNO dengan menjadi diktator selama 22 tahun untuk memerintah secara kuku besi dan menjatuhkan musuh politiknya.

“Dia (Dr Mahathir) kata dua hari lepas, dia tidak pernah mempergunakan UMNO dan orang Melayu tapi dia yang dipergunakan, itu dia kata sedangkan hakikatnya dia lah yang gunakan orang Melayu dan UMNO untuk menjadi diktator selama 22 tahun,” kata Puad semasa berucap di Mesyuarat Perwakilan Puteri UMNO Bahagian Pandan di Ampang, Sabtu.

Jelas beliau, dua bukti kukuh yang menunjukkan Tun Mahathir seorang pemimpin diktator adalah dua tindakan yang diambil dalam campur tangan institusi kehakiman negara pada 1988 dan meminda Perlembagaan pada 1993 untuk mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu.

“Tanpa orang Melayu dan UMNO dia tidak akan mampu nak memecat Ketua Hakim Negara dan lima hakim Mahkamah Tinggi.

“Dia menggunakan UMNO untuk mempertahankan dia, membela dia, dia menggunakan orang Melayu dan UMNO untuk meminda Perlembagaan supaya kuasa Raja dikurangkan.

“Kenapa kuasa Raja dikurangkan? Kerana dia ingin menjadi diktator. Kenapa hakim mesti dipecat? Kerana dia ingin menjadi diktator,” katanya lagi.

Oleh sedemikian, Puad menggesa supaya orang Melayu dan ahli UMNO tidak terpedaya dengan kenyataan Tun Mahathir yang mengatakan beliau dipergunakan oleh parti dan orang Melayu sepanjang menjadi perdana menteri sebelum ini.

“Sebab itu Puteri sekalian, bila dia mengatakan bahawa bukan dia yang menggunakan Melayu dan UMNO, bayangkan sebenarnya dia lah yang menggunakan Melayu dan UMNO untuk boleh berkuasa selama 22 tahun dan mengamalkan kroni kapitalism,” ujarnya.

Beliau juga menasihati ahli UMNO tidak mudah memberikan bersimpati dengan Tun Mahathir, walhal secara terang-terangan niatnya mahu menghancurkan parti keramat orang Melayu itu.

“Jangan kita ada rasa tak boleh sentuh Tun Mahathir, itu tidak boleh sebab dia keluar parti dan bukan sahaja keluar parti dia tubuh parti baharu kerana nak menghancurkan UMNO, itu pun kita nak kata tak boleh.

“Legasi adalah legasi, tapi apabila dia secara terbuka bukan sahaja keluar parti menubuhkan sebuah parti guna nama pun hampir sama dengan UMNO, baju pun baju merah sama macam kita, tujuannya apa, tujuannya nak curi ahli UMNO dan menghancurkan UMNO, tidak boleh,” ujarnya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana