Tun M perlu mohon maaf jika tuduhan Anwar meliwat palsu - PAS

SHAH ALAM: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad disarankan untuk memohon maaf kepada bekas timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung tuduhan liwat pada 1998 jika dakwaan itu tidak benar.

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata Dr Mahathir perlu berbuat demikian kerana mengaibkan Anwar.

"Kalau betul tuduhan itu tuduhan palsu, pada pandangan saya Dr Mahathir perlu minta maaf secara terbuka.

“Benda ni (tuduh liwat) mengaibkan Anwar dan keluarganya, bukan benda kecil, dah jadi isu negara, dunia,” katanya dipetik Harakahdaily.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini mencabar Dr Mahathir agar beliau menjelaskan pendiriannya mengenai kes liwat membabitkan Anwar  pada 1998.

Untuk rekod, Dr Mahathir dalam satu sidang media pada 22 September 1998 mendakwa Anwar terbabit dalam perlakuan luar tabii dan tidak layak menjadi pemimpin negara.

Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata, jika dakwaan liwat itu benar, beliau hairan bagaimana Dr Mahathir boleh bekerjasama dengan Anwar kini.

Anwar ketika ini sedang menjalani hukuman penjara selama lima tahun di Penjara Sungai Buloh atas kesalahan meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.  

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana