Tuduhan Mahathir cuba 
lagakan Zahid dengan Najib

Dakwaan Tun Dr. Mahathir Mohamad ko­nonnya Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bertemu dengannya untuk meminta sokongan tidak lebih sekadar bertujuan melaga-lagakan Naib Presiden UMNO itu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketua Penerangan UMNO negeri, Datuk Zein Isma Ismail berkata, niat jahat Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu jelas dapat dilihat kerana pertemuan yang berlaku selepas 10 hari Ahmad Zahid menjadi Tim­balan Perdana Menteri cuma se­kadar pertemuan biasa.

“Ketika itu, Ahmad Zahid baharu sahaja dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan sudah tentulah antara individu yang akan beliau temui adalah Dr. Mahathir, atas dasar hormat kepada beliau kerana pengalamannya selaku bekas Presiden UMNO dan bekas Perdana Menteri.

“Namun kenyataan Dr. Mahathir mengenai pertemuan ter­sebut yang cuba menggambarkan seolah-olah Ah­mad Zahid ada mem­buat gerakan untuk menjatuhkan Najib merupakan satu tuduhan tidak masuk akal, fitnah dan berniat jahat.

“Sedangkan, kita da­pat lihat bagaimana Ahmad Zahid hari ini berdiri teguh mendo­kong, setia dan mem­bela Perdana Menteri dalam apa juga isu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kelmarin Dr. Mahathir men­dakwa kononnya Timbalan Per­­­dana Menteri cuba mendapatkan sokongan beliau dalam per­temuan itu dan dakwaan tersebut dibuat sebaik sahaja Ahmad Zahid mendedahkan asal-usul bekas Perdana Menteri tersebut.

Dalam perkembangan yang sama, Zein Isma berkata, umum mengetahui hubungan antara Ahmad Zahid dengan Najib bukan baharu tetapi telah terjalin sejak zaman Pemuda UMNO lagi dan Menteri Dalam Negeri itu sendiri pernah ber­khidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Najib.

Justeru, beliau menyeru seluruh ahli ser­­ta kepemimpinan UMNO agar tidak mudah termakan dengan apa yang didakwa Dr. Mahathir yang dilihat bertujuan untuk me­nimbulkan syak wasangka sesama pemimpin dan ahli UMNO di peringkat akar umbi.

“Saya dapat rasakan kekecewaan Dr. Mahathir apabila melihat Ahmad Zahid terus menumpahkan taat setianya kepada Najib sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri, beliau kecewa apabila melihat Ahmad Zahid terus mempertahankan Najib daripada serangan yang dilakukan pembangkang.

“Inilah cara Dr. Mahathir meng­alihkan perhatian rakyat daripada isu kegagalan Pakatan Harapan serta skandal pemerintahannya, kepada isu mahu menjatuhkan Najib,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana