Tuan Ibrahim Masih Menjadi “Lidah” Pakatan

TIMBALAN presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dilihat masih lagi menjadi “lidah” Pakatan Harapan yang diketuai DAP walaupun parti Lim Kit Siang tersebut telah menbuang parti PAS dari senarai sekutu mereka.

Ini lah yang kita umpamakan sebagai hidung tak mancung pipi tersorong-sorong.  Tuan Ibrahim sudah seperti orang gila talak. Walaupun telah dihina, dicaci, dimaki dan dipijak oleh DAP yang mengetuai Pakatan Harapan namun beliau masih terus sanggup menjadi balaci dan hamba kepada pakatan pembangkang tersebut.

Baru-baru ini Tuan Ibrahim dengan angkuh walaupun sudah kehilangan taring dalam Pakatan Harapan berkata BN tidak akan dibiarkan berkuasa semula di Selangor dan PAS akan mempertahankan kerajaan di negeri tersebut.

“Mana-mana negeri yang telah kita menangi, kita akan bertanding dan mempertahankan kemenangan,” katanya malam kelmarin seperti dipetik Harakahdaily.

Bagaimanapun timbalan presiden PAS itu tidak menamakan parti yang dimaksudkannya atau memperincikan langkah yang akan diambil mereka untuk mempertahankan Selangor daripada BN.

Kenyataan itu dibuat sehari selepas akhbar Singapura, Straits Times, melaporkan Datuk Seri Najib Razak berhubung dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hampir setiap hari sejak beberapa bulan lalu. Akhbar itu menyatakan kedua-dua pemimpin terbabit sering berbual melalui telefon selepas Abdul Hadi selesai menjalani pembedahan jantung Mei lalu.

Singapura sepertimana yang kita ketahui merupakan kiblat parti DAP. Oleh itu, kenyataan yang dikeluarkan oleh akbar mereka seolah-olah satu cubaan untuk memporak perandakan hubungan diantara PAS dan UMNO setelah DAP membuat parti Haji Hadi itu dari kamus politik mereka.

Straits Times Singapura dikatakan mendakwa perbincangan diantara Najib dan Hadi dibuat untuk menguasai Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor – negeri yang kini dikuasai PKR, DAP dan PAN.

PAS sudah memutuskan hubungan dengan PKR dan menolak sebarang kerjasama dengan DAP serta PAN. Bagaimanapun wakil mereka dalam kerajaan negeri kekal sehingga kini.

Komen Tuan Ibrahim itu juga dibuat tiga hari selepas Pesuruhjaya PAS Selangor mengumumkan kesediaan mereka bertanding di 42 daripada 56 kerusi DUN Selangor pada pilihan raya umum ke 14 (PRU14) akan datang.

Kesetiaan Tuan Ibrahim kini diragui. Adakah beliau merupakan agen DAP yang diletakkan dalam parti PAS. Haji Hadi perlu menjalankan siasatan terperinci. Gunting dalam lipatan sememangnya akan membahayakan sesebuah parti itu.

PRU14.tv

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana