TPM perlu dedah pita rakaman usaha jatuhkan Najib

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman tampil mempertahan kenyataan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid dalam masa yang sama mencadangkan Timbalan Perdana Menteri itu mendedahkan rakaman yang membuktikan seorang bekas pemimpin negara  mahu menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurutnya, tujuan pendedahan ini bagi menjelaskan kepada umum bahawa dakwaan terhadap Ahmad Zahid yang dikatakan cuba menjatuhkan perdana menteri adalah satu fitnah.

``Komen saya ialah kenyataan Dr Mahathir dengan kenyataan ataupun apa yang diperkatakan oleh TPM ni ialah antara fitnah dengan fakta iaitu TPM menyatakan Dr Mahathir . . . ni anak si anu. . . bin si anu itu fakta dia tunjuk dia bukan buat fitnah manakala Dr Mahathir buat kenyataan yang merupakan fitnah apabila dia kata TPM pergi jumpa dia untuk mendapatkan sokongan nak menjatuhkan PM.

``Ini merupakan satu fitnah dan hari ini apabila kita baca statement TPM kata dia ada rekod perbualan itu . . . apa yang berlaku ialah Dr Mahathir yang minta Datuk Seri Zahid membantu dia menjatuhkan PM. . . jadi saya rasa eloklah TPM keluarkan tape recorder tu biar dia (Tun Mahathir) tak boleh nak pusing cakap lagi.

``Dia buat tohmahan yang mengatakan begitu untuk mengadu domba kemudian dia kata berkenaan dengan kedudukan kewangan Datuk Zahid dan sebagainya kenapa sekarang berbangkit?

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika menghadiri Mesyuarat Perwakilan tiga sayap Umno Parlimen Pasir Salak yang dirasmikan oleh Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Rosni Sohar di Dewan Besar Felcra Changkat Lada, di sini Sabtu.

Tajuddin yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak,  percaya bahawa tuduhan Mahathir itu adalah merupakan satu fitnah berdasarkan pengalaman beliau  sendiri bersama tiga lagi kepimpinan UMNO yang pernah berjumpa dengan Tun Mahathir dalam satu pertemuan khas  tidak lama dahulu.

``Saya bersama tiga lagi kepimpinan UMNO pernah berjumpa Tun Mahathir untuk berbincang berkenaan beberapa kenyataannya yang semakin berani terhadap PM dan memang dia sendiri yang cuba untuk menjatuhkan PM seperti mana yang diberitahu oleh Ahmad Zahid. Jadi saya tahu dakwaan terhadap Ahmad Zahid itu adalah satu fitnah.

``Saya..kita hormat dia (Tun Mahathir) ..TPM cakap dalam surat khabar dia kata..dulu dia dah kena dengan Dr Mahathir ni sampai masuk ISA pun..saya pun kena masuk 60 hari saya ditahan di bawah ISA..ni Mahathir punya pasal lah tak ada apa salahpun ..kita mempertahankan dia ketuanan Melayu pertahankan dia sebagai Melayu layak menjadi perdana menteri..kita pertahankan.. dia tangkap kita…60 hari saya merengkok dalam penjara.

``Jadi Dr Mahathir ni boleh buat suka-suka hatilah apa dia nak buat …apa dia nak cakap ..jadi jangan mudah kita percaya apa yang dia cakap,’’ kata Tajuddin.

Pada sidang media itu, Tajuddin beri jaminan kerusi Parlimen Pasir Salak dan dua kerusi DUN Sungai Manik, Kampung Gajah  akan kekal milik BN pada PRU ke-14 nanti.

``Kita sekarang foklus kepada pilihanraya dan saya insyallah beri jaminan di sini Pasir Salak kita akan kekal,’’ katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana