TIADA MAKNA TUAN IBRAHIM TUAN MAN BERPOLITIK SELAMA INI

Ramai yang menganggap setelah kelahiran PAN di persada politik tanahair, maka “hiburan-hiburan” politik di dalam PAS akan lenyap sama sekali. Apa tidaknya, tukang hibur seperti Mat Sabu, Salehudin Ayub dan beberapa lagi nama telah sepakat untuk tidak lagi berada di dalam PAS setelah dimalukan di muktamar PAS yang berlangsung di Kuala Selangor sedikit masa dahulu.

Anggapan lenyap itu ternyata meleset, apabila badi kerusi timbalan presiden yang dahulunya disandang oleh Mat Sabu ternyata terus menghantui penyandang semasa. Lihat bagaimana Tuan Ibrahim Tuan Man, saban hari mempamerkan ciri penting yang pernah menghiasi keberadaan Mat Sabu di pentas politik tanahair, iaitu “kurang cerdik”.

Tidak mungkin kita labelkan Tuan Ibrahim sebagai bijak, yang mendakwa kerajaan berbuat baik kerana mempunyai sebab, atau ada makna.

Apa yang hendak dihairankan jika sebarang keputusan yang diambil oleh kerajaan itu bersifat baik dan memberi manfaat kepada rakyat. Ada makna? Ya, sudah tentu ada makna. Pertama, ia harus memberi kesejahteraan kepada rakyat. Kedua, ia dapat membina kenyakinan sekaligus diterjemahkan dengan undian kepada parti pemerintah pada pilihanraya nanti.

Salahkah dengan kira-kira politik sedemikian? Ini politik, bukan sekadar kisah bagaimana cara menjual agama.

Bagaimana pula komentar Tuan Ibrahim terhadap keputusan tidak popular yang dibuat oleh kerajaan seperti GST contohnya. Apa maknanya? Kerajaan tidak pandai mengurus, bangkrap, atau zalim? Kenapa perlu kerajaan membuat keputusan tersebut meskipun ianya mengundang ketidakpuasan hati rakyat?

Cuba Tuan Ibrahim beri pandangan pula tentang wakil rakyat PAS yang merasmikan jamban, atau bergambar kononnya sanggup meredah banjir seperti yang dilakukan oleh Dr. Rani Osman (DUN Meru). Apa maknanya wahai Tuan Ibrahim? Ikhlas? Tanggungjawab? Tidak hairan kalau jawapan fisabilillah dijadikan jawapan oleh Tuan Ibrahim.

Bagi “goodies” pun dalam beg plastik logo PAS, lagi mahu sembang pasal “kerajaan berbuat baik ada makna”. Poooodaahhh!!!

Sudah-sudahlah dengan kurang cerdik itu, kasihan melihat ahlul PAS terkebil-kebil mempertahankan dakwaan sedemikian oleh Timbalan Presiden mereka.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana