Tawan Perak... Kit Siang buat ramalan kosong

Rekod Lim Kit Siang semasa bergelar YB Ipoh Timur masih belum padam dari benak rakyat Perak kini beliau cuba campur tangan dengan membuat ramalan kosong.

Bagi yang terlupa, Kit Siang suka melompat dari satu kawasan parlimen ke kawasan lain tanpa memperlihat komitmen menjadi wakil rakyat dalam erti kata yang sebenarnya.

Semasa menjadi ahli parlimen Ipoh Timur,pengundi cina pilih dia kerana terpengaruh dengan sentimen pro DAP dan bencikan BN. Ironinya hari ini yang bekerja membantu rakyat di situ, MCA, UMNO dan MIC.

Untuk rekod beliau bertanding dan menang parlimen Bandar Melaka (1969),  Kota Melaka (1974); Petaling Jaya (1978); kemudian pulang semula ke Kota Melaka (1982); Tanjong (1986); Ipoh Timur (2004); dan pada PRU lepas beliau ke Gelang Patah.

Rekod sebagai wakil rakyat kaki lompat sukar dipadam dan tidak salah jika kita katakan,beliau satu-satu wakil rakyat di Malaysia yang tidak malu berpindah randah.

Ketika berucap dalam satu ceramah di Parit Buntar minggu lepas,  Kit Siang mendakwa Pakatan Harapan (PH) amat yakin untuk menawan Perak pada Pilihan Raya Umum ke14.

Kenyataan begini biasalah bagi pembangkang tetapi realitinya, rakyat sudah masak dan tahu benar tembelang mereka.

Pada Isnin, UMNO Perak tampil membidas penasihat DAP itu dengan menjawab ego Kit Siang “satu harapan palsu.”

Melalui satu kenyataan bertulisnya kepada media,UMNO Perak menyifatkan kenyataan  Kit Siang bahawa PH berpeluang menawan Perak sebagai satu harapan palsu dan angan-angan kosong.

Kenyataan yang dikeluarkan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohammad menyebut kenyataan Kit Siang merupakan satu lagi cubaannya untuk memberikan keyakinan kosong kepada pengikut pakatan harapan.

``Ini jelas dilihat apabila dalam kenyataannya berulang kali menggunakan istilah "jika" (if). Contohnya "jika PAS bertanding dan menjadi penganggu undi", "jika berlaku pertandingan tiga-penjuru" dan pelbagai keadaan yang menggunakan perkataan "jika".

``Ini menunjukkan beliau sendiri sedang berada di awang-awangan dan tidak yakin dengan hipotesis beliau sendiri.

`` Dari segi psikologinya, ia bermakna Kit Siang sendiri tidak yakin dengan ramalan beliau sendiri dan beliau cuba menggunakan pendekatan "reverse psychology" mengenai keadaan sebenar yang akan berlaku pada PRU 14 di negeri Perak,’’ tambah Shaarani lagi.

Menurut beliau  berdasarkan simulasi yang dijalankan, Barisan Nasional (BN) yakin akan mendapat 39 kerusi manakala PH hanya akan mendapat 20 kerusi.

Katanya, ini berdasarkan pertambahan pengundi Melayu yang menyokong Barisan Nasional yang meningkat sebanyak 10 peratus di samping penambahan 5% pengundi bukan Melayu.

Beliau berkata, kepimpinan Menteri Besar Perak, Datuk  Seri Dr Zambry Abd Kadir pula telah menampakkan hasilnya dan rakyat mula merasai kesejahteraan yang dilaksanakan melalui visi Perak Aman Jaya.

Menurut Saarani, jentera BN Perak sudah memulakan gerak kerja pilihan raya sejak 2014 lagi berdasarkan post-mortem keputusan PRU13.

``Kami telah pun mengatur serta melaksana strategi yang lebih mantap bagi mengatasi dakyah serta dasar politik kebencian yang ditanam oleh DAP serta sekutunya.

``Selain dari itu kita semua tahu perangai dan taktik Kit Siang, yang menggunakan taktik alih-pandang bagi menutup kelemahan pakatan yang sentiasa berkecamuk serta berdepan krisis kepimpinan.

`` Buktinya sehingga kini, mereka tidak dapat mencapai konsensus yang nyata dalam mengenalpasti siapakah sebenarnya yang menjadi pemimpin utama mereka.’’ Katanya.

Saarani berkata, dari segi track record, Kit Siang juga dikenali dengan pemimpin yang sering berpindah-randah dalam bertanding pada pilihan raya.

`` Apabila tembelang beliau sudah pecah dan terbukti tidak mampu untuk memberi perkhidmatan di kawasan yang dimenanginya, beliau berpindah ke kawasan parlimen lain.’’ katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana