TAK PERCAYA KETUANAN MELAYU TAPI TUBUH PARTI MELAYU PULAK – RAKYAT BUKAN BODOH!!

KENYATAAN Mahathir konon dia tidak percaya kepada ketuanan Melayu, sebetulnya tidak lebih dari kenyataan politik untuk menarik undi orang bukan Melayu terutama kaum cina semata-mata.  Mahathir kalau cakap mesti ada kepentingan politik, tidak ada kepentingan lain.

Dalam keadaannya sekarang bila dia memerlukan DAP untuk sokongan, maka Mahathir terpaksa U-turn banyak benda untuk menggembirakan hati tuan barunya itu.  Anyway, Mahathir buat U-turn banyak dah sebelum ini, apa yang hairan dengan soal keturunan Melayu ni pulakkan.

Menyokong dakwaan penulis bahawa ini hanya kenyataan politik, kalau Mahathir betul tak percaya ketuanan Melayu, buat apa dia tubuhkan parti Melayu bernama PPBM?  Kenapa tidak masuk saja parti Pakatan seda ada, mana-mana satulah, DAP ke, PKR ke atau PAN, itukan lebih mudah?

Tapi sebab Mahathir percaya kepada ketuanan Melayulah maka dia tubuhkan PPBM – yang tujuan kewujudannya tidak lain dan tidak bukan untuk menjadi saingan kepada satu lagi parti yang percaya kepada konsep ketuanan Melayu ini iaitu UMNO.  Malah, menolak ketuanan Melayu tidak selari dengan penubuhan PPBM yang pro Melayu, sehingga ke tahap menjadikan orang bukan Melayu yang nak sokong parti itu sebagai ahli bersekutu – kelas dualah senang cakap.

Mahathir nak Melayu jadi tuan dalam parti berlambangkan bunga raya ini, sebab itu bukan Melayu hanya layak jadi ahli bersekutu saja.

Selain atas sebab politik (nak undi cina), penulis turut berpandangan Mahathir timbul idea menolak ketuanan Melayu ini sekarang (selepas PPBM ditubuhkan) sebab dia tak sangka asal usul keturunan Kutty nya akan didedahkan secara ‘rasmi’.  Rasmi dalam erti kata ia didedahkan seorang Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamid.  Cakapnya sudah tentu dipakai orang banding dengan  Anwar yang berbelas tahun ke hulu ke hilir menghinakan keturunan Mahathir sebagai mamak bendahara dan sebagainya.

Tak terasalah Mahathir bila Anwar hinakan keturunannnya, siapa Anwar, bekas Timbalan Perdana Menteri yang bukan saja dipecat tapi juga disabitkan sebagai peliwat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana