SYARIKAT MOKHZANI SARAN BELI KAPAL SELAM, MAHATHIR SETUJU BELI SCORPENE – BEKAS PENYIASAT TENTERA

Dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan “tidak tahu” mengenai pembelian kapal selam Scorpene disangkal sama sekali ekoran program kapal selam diteruskan selepas mendapat ‘lampu hijau’ oleh bekas Perdana Menteri itu sendiri.

Malah, cadangan awal agar Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) memiliki sebuah kapal selam adalah dari anak Dr Mahathir sendiri, kata bekas pegawai penyiasat ketenteraan, Kapten (B) Abdul Rahmat Tun Haniff.

“Penyokong asal program kapal selam Malaysia adalah Mokhzani Mahathir dan Ibrahim Mohd Noor (pada ketika itu CEO syarikat yang baru disenaraikan BERNAS, bertindak bagi pihak Daim Zainuddin).

“Mereka mencadangkan (kapal selam) German Type 212 (versi Penggeledahan Udara Bebas daripada rekabentuk Type 209) melalui syarikat yang dipanggil… tunggu.. Perimekar Sdn Bhad, yang beroperasi dari sebuah banglow di Jalan Lembah Ledang off Jalan Semantan di Kuala Lumpur,” kata Abdul Rahmat dipetik blognya, Seademon Says.

Kata Abdul Rahmat, Mahathir akhirnya bersetuju untuk membeli kapal selam bagi Malaysia setelah diyakinkan oleh Panglima TLDM pada waktu itu, Admiral Tan Sri Abu Bakar Jamal di Avillion Layang-Layang Resort, Sabah.

“Sekitar bulan September 2001, hakmilik Perimekar Sdn Bhd dipindah milik kepada Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) menerusi syarikat khas dibawah Bousted Hodings Bhd, Ombak Laut Sdn Bhd.

“Syarikat berkenaan, bersama pegawai dari TLDM menelaah lebih 17,000 muka surat (28 jilid) dokumen teknikal Scorpene. Selepas itu, seperti yang saya terangkan sebelum ini, Ketua Setiuasaha Kementerian Kewangan mengambil alih rundingan komersial. MINDEF (Kementerian Pertahanan), Perimakar dan lain-lain sudah tiada peranan lagi.”

Jelasnya lagi, setelah mendapat persetujuan Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri pada waktu itu, Malaysia bersetuju untuk membeli dua buah Scorpene daripada DCNS dan Thales.

Majlis tandatangan perjanjian dimeterai pada Jun 2002 oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan Tan Sri Samsuddin Hitam mewakili Menteri Kewangan sementara LTAT diwakili Datuk Lodin Wok Kamaruddin.

Selain mendakwa tidak tahu mengenai pembelian Scorpene, Dr Mahathir ibarat memberi indikasi bahawa pembelian kapal selam itu dilakukan secara rahsia oleh Datuk Seri Najib Tun Razak yang pada waktu itu merupakan Menteri Pertahanan.

Menerusi jawapan pembelian Scorpene di Parlimen, Najib merangkap Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu berkata setiap rundingan yang dilakukan bagi pembelian kapal selam itu dilaporkan terus kepada Kementerian Kewangan.

“Dan semua kontrak hanya akan diberikan setelah mendapat kelulusan Menteri Kewangan. Saya ingin menekankan kepada Dewan Mulia ini bahawa kaedah Angkatan Tentera Malaysia mendapatkan peralatan ini dibuat mengikut kaedah perolehan ditetapkan kerajaan,” kata Najib sebagai menjawab pertanyaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2008.

Jawapan berkenaan juga bagi menjawab isu pembelian 18 unit jet pejuang ATM.

“Mustahil Perdana Metneri atau Menteri Kewangan tidak tahu mengenai pembelian kapal selam. Ini bukannya seperti beli gula-gula di kedai Mamak. Ianya menelan kos berbilion Runggit yang memerlukan kelulusan Menteri Kewangan.

“Adakah Mahathir tidak takut pada hari kiamat selepas terus menerus berbohong?” soal Abdul Rahmat lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana