Sukan SEA KL 2017 Dijadikan Modal Burukkan Negara Oleh Pembangkang....Buruknya Perangai PH

Harus diakui bahawa penganjuran sesuatu temasya sukan seperti Sukan SEA, memerlukan komitmen yang amat tinggi serta kerjasama semua pihak. Selain daripada penganjuran acara-acara sukan, penganjuran sesuatu temasya sukan juga akan memberi impak secara terus terhadap negara samada dari segi imej, kekuatan mahupun maruah negara pada masyarakat antarabangsa.

Hal ini amat disedari oleh kerajaan terutamanya Kementerian Belia dan Sukan yang telah mempersembahkan upacara pembukaan Sukan SEA yang dianggap sebagai terbaik di rantau Asia Tenggara mahupun di Asia. Malah, persiapan para atlet untuk mengharungi detik 11 hari sepanjang temasya ini berlangsung juga bukan satu perkara yang boleh kita perlekehkan.

Namun, di pihak pembangkang, penganjuran Sukan SEA ini dilihat sebagai satu temasya untuk mereka memburuk-burukkan kerajaan. Sudah banyak contoh dibuat oleh para penyokong dan pemimpin Pakatan Harapan yang mahu menjadikan temasya Sukan SEA ini sebagai satu medan untuk mereka memburukkan kerajaan dan menjatuhkan maruah negara pada kaca mata orang luar.

Lihat sahaja bagaimana Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming yang seolah-olah mempersendakan Datuk Seri Mohd Najib apabila menggunakan hashtag kecurian yang didakwa berlaku di dalam 1MDB. Tidak kurang juga ada diantara penyokong pembangkang yang sengaja cuba mencetuskan kontroversi dangan mengada-adakan cerita dan dimuat naik di dalam statut media sosial milik mereka.

Cukup menghairankan, dimana jati diri mereka sebagai rakyat Malaysia? Adakah mereka sudah hilang rasa hormat sehingga imej negara begitu mudah diperkotak katikkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab ini? Adakah idealogi politik lebih menguasai fikiran sehinggakan temasya sukan sebesar ini juga mahu dipolitikkan oleh mereka?

Itu belum lagi sedikit kontroversi yang berlaku akibat kesilapan syarikat pencetakan yang telah mencetak bendera negara Indonesia dalam keadaan terbalik. Memang, kita memahami bahawa Indonesia pasti berduka atas kesilapan berkenaan namun pihak kerajaan terutamanya Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin pantas memohon maaf atas kesilapan berkenaan.

Namun, apa yang menghairankan, ada dikalangan penyokong pembangkang turut sama menyertai rakyat Indonesia yang begitu galak mencari hal dan melakukan provokasi terhadap Malaysia. Mereka seolah-olah mendapat idea baru untuk menghentam kerajaan melalui penyertaan mereka dengan rakyat Indonesia yang marah akibat kesilapan berkenaan.

Di mana jati diri mereka? Nampaknya, jati diri mereka telah lama mereka gadaikan hanya untuk nafsu politik semata-mata. Adalah sesuatu yang amat malang, Malaysia mempunyai warganegara yang cukup teruk nilai peribadinya dan cukup rosak akhlaknya. Inilah pembangkang di Malaysia. Mereka tidak tahu lagi yang mana satu politik dan yang mana satu nilai kemasyarakatan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana