SPRM sita 10 juta tan bauksit di Pahang

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyita keseluruhan simpanan stok bauksit di Pahang berjumlah lebih 10 juta tan metrik bagi membantu siasatan terhadap isu perlombongan bauksit haram.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki berkata penyitaan itu dibuat bagi menghalang bahan tersebut daripada dibawa keluar dari tempat penyimpanannya untuk tujuan perniagaan atau apa-apa tujuan lain.

"Tindakan penyitaan bauksit berkenaan meliputi seluruh simpanan stok yang berada di tanah-tanah kerajaan dan persendirian di kawasan yang telah dikenal pasti di negeri itu," katanya dalam kenyataan di sini Sabtu.

Menurutnya penyitaan itu dilakukan mengikut Seksyen 33 Akta SPRM 2009 dan mana-mana pihak yang melanggar notis arahan penyitaan tersebut melakukan kesalahan di bawah akta tersebut dan boleh dihukum mengikut Seksyen 69 akta sama.

Sehingga kini, katanya dianggarkan terdapat lebih 10 juta tan metrik bauksit yang telah pun dilombong serta disimpan di beberapa lokasi di Pahang.

Dalam pada itu, Azam berkata SPRM juga telah mengadakan perbincangan bersama Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan mencadangkan pihak kementerian agar mengkaji semula pengeluaran Permit Kelulusan (AP) kepada pengusaha lombong bauksit serta membatalkan kesemua AP yang telah dikeluarkan sebelum ini.

Tambahnya SPRM juga akan memantau sebarang eksport bauksit di Pelabuhan Kuantan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana