Sikap Dr. Mahathir punca kekecohan....Tua Tua Cakap Bohong lagi

SHAH ALAM 14 Ogos - Forum Nothing To Hide 2.0 anjuran Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) semalam bukan sahaja meledakkan kekecohan yang memalukan Tun Dr. Mahathir Mohamad tetapi membuktikan sebenarnya banyak perkara yang cuba di­selindungkan bekas Perdana Menteri itu.

Keadaan itulah yang mendorong kepada tercetusnya kekecohan se­lama se­tengah jam kerana walaupun bertemakan nothing to hide yang bermaksud tiada apa ma­hu disem­bunyikan, Dr. Maha­thir dilihat tidak menjawab dengan jelas setiap persoalan sehingga menimbulkan ketidakpuasaan hati mereka yang hadir.

Malah, bekas Perdana Menteri yang mentadbir negara selama 22 tahun itu juga langsung tidak menyentuh mengenai isu kekayaan keluarganya, meskipun perkara itu dipersoal banyak pihak, termasuk oleh exco Armada PPBM sendiri baru-baru ini.

Sedangkan isu kekayaan keluarga khususnya anak-anak beliau menjadi buah mulut serta persoalan banyak pihak, tetapi bagi Dr. Mahathir, kekayaan luar biasa tersebut seolah-olah bukan isu kepadanya kerana bagi bekas Perdana Menteri itu yang salah hanyalah Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sebenarnya, bibit-bibit panas tersebut mula timbul apabila penyokong Dr. Mahathir bertindak mengganggu soalan daripada penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila sering kali kede­ngaran “isu lama”, “sudah dijawab” ketika persoalan me­ngenai bekas Timbalan Perdana Menteri yang dipenjarakan kerana kes liwat itu dibangkitkan.

Bahkan apabila salah seorang peserta yang dikenali sebagai Fariz Hadi bertanyakan soalan mengenai Anwar dan apakah beliau sedia untuk meminta maaf kerana memenjarakan bekas timbalannya itu, Dr. Mahathir bukan sahaja tidak menjawab tetapi memilih pusing cerita.

Kepada Dr. Mahathir, persoalan sedemikian walaupun pen­ting khususnya buat penyokong Anwar tetapi hanya bertujuan memecah-belahkan Pakatan Ha­rapan, sedangkan dakwanya, Ketua Umum PKR tersebut sendiri tidak pernah menuntutnya supaya memohon maaf atas insiden pada 1998 itu.
"Saya jumpa dengan Anwar, yang peliknya dia tidak tanya soalan itu. Anwar tidak tegur saya buat aniaya kepada dia atau tidak. Itu perkara lama, kalau kita nak ungkit perkara lama, sampai sudah tak habis. Saya jumpa Anwar banyak kali, Anwar tak minta pun saya minta maaf," kata Dr. Mahathir dalam forum tersebut.

Kemuncaknya apabila Dr. Ma­hathir mempertahankan tindakan polis dalam tragedi Memali pada 1985 menyebabkan kemarahan peserta forum tidak dapat dibendung sehinggalah terjadinya aksi baling kasut, suar dan kerusi kepada bekas Perdana Menteri itu.

Individu yang bertanyakan itu pula adalah Exco Armada PPBM sendiri, Mohamad Taufik Abas, dan bukannya ahli UMNO sebagaimana dituduh Pakatan Harapan.

Langkah mengaitkan UMNO itu bukan pelik kerana sememangnya itulah alasan berzaman pembangkang setiap kali timbul isu yang memperlihatkan kelemahan mereka di mata rakyat.
Sedangkan, insiden tersebut mungkin dapat dielakkan jika Dr. Mahathir lebih bertanggungjawab ketika memberikan jawapannya dan lebih terbuka untuk bercakap mengenai kekayaan keluarganya, selain soal hubungannya dengan Anwar kerana kemarahan penyokong Anwar kepadanya masih membara.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana