SIAPA YANG PATUT MALU sekarang.....Jangan Cakap Berbelit BElit Lah Madey

Selalunya bila dilihat dari luaran nampak BAIK dan anggun.... orang akan sanjung jasa2 awak.... jadi apa2 kesilapan yg dibuat......... samada orang akan terlepas pandang atau tak mau ambil tau... Tapi bila sekali buat jahat contohnya 'bergelumang' dengan DAP yg selama ini dianggap musuh.... dengan pantas samada orang anggap kita GILA ataupun seorang PENGKHIANAT....
Mulalah orang akan ungkit segala kesalahan kita hingga sampai asal usul keturunan kita pun akan disebut.... Jadi jangan lah nak SENTAP pulak.... 


Kerajaan tak tahu malu – Dr Mahathir

KUALA LUMPUR, 8 Ogos: Perasaan malu sudah tidak ada lagi di kalangan ramai anggota Kerajaan hari ini, menurut bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Mereka tak tahu malu walau apa pun kesalahan yang dilakukan oleh mereka, walau apa pun kebiadaban mereka.

“Mereka didapati mencuri tetapi mereka tidak sedikit pun berasa malu. Didakwa mencuri, dibukti mencuri – tak mengapa.

“Dunia panggil mereka pencuri, perasuah, penyangak – tak apa. Senyum sahaja,” katanya dalam blog rasmi beliau hari ini.

Walaubagaimanapun, Dr Mahathir tidak menamakan siapa yang dimaksudkannya.

Tambah beliau lagi: “Kerana perbuatan mereka, negara dihina, dinyatakan sebagai antara sepuluh buah negara yang tertinggi tahap rasuahnya – pun tak mengapa.

“Negara dipanggil kleptokrasi, negara yang dipimpin oleh pencuri yang mencuri duit Kerajaan – negara yang tidak lagi demokratik – tak mengapa.

“Perdana Menteri, isteri, anak, kawan, didakwa selewengkan duit negara – okay.

“Menteri, pegawai tinggi dituduh mencuri duit – tak apa. Tak ada sedikit pun malu walaupun tak dapat bertindak dengan saman malu ke atas yang menuduh. Ugut untuk ambil tindakan undang-undang tetapi tidak buat apa-apa, tak malu.

“Ada pegawai yang naik pangkat atau dapat jawatan walaupun tidak layak, tidak mengikut aturan peraturan, bercanggah dengan undang-undang – tak malu.

“Menerima duit yang dicuri, apa salahnya? Terima kasih. Cium tangan pemberi durian runtuh.

“Diketahui mendapat pangkat atau jawatan kerana cekap membodek, sanggup melaksanakan arahan yang salah oleh boss, pun tak malu.

“Maruah sudah tidak dijunjung lagi. Biarlah dihina, biarlah dipandang rendah, asalkan dapat duit, dapat tempat, dapat pangkat. Pedulikan maruah.

“Masyarakat pandang jijik, menyampah – pedulikan. Sesungguhnya kerana mereka ini, bangsa menjadi bangsat di negara sendiri.

“Tak lama lagi bangsa bangsat ini kehilangan negara, menjadi penumpang di negara sendiri, anak cucu jadi kuli.

“Ini pun tak mengapa kerana yang tak tahu malu tidak akan berasa malu menjadi pengemis, kuli di negara sendiri,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana