Shafie Apdal Taruhan Mahathir Untuk Tawan Sabah

Tidak ada sesiapa dapat melupakan bagaimana trio Tan Sri Muhyiddin, Datuk Seri Mukhriz dan Datuk Seri Shadie Apdal bertindak menentang Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib walaupun mereka merupakan Timbalan dan Naib Presiden UMNO. Semuanya gara-gara termakan dengan hasutan yang dibuat oleh Tun Dr Mahathir yang kononnya mengaitkan Datuk Seri Mohd Najib dengan pelbagai skandal.

Setelah melancarkan penetangan secara terang-terangan, Muhyiddin, Mukhriz dan Mahathir akhirnya membentuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pada Oktober tahun lalu. Manakala Shafie pula membentuk Parti Warisan Sabah di mana dia menyasarkan untuk menumbangkan UMNO di Sabah.

Dalam banyak ucapan Shafie, dia menafikan bahawa dia adalah orang suruhan Mahathir di Sabah. Dia mendakwa, partinya merupakan satu parti yang ditubuhkan khusus untuk menumbangkan UMNO dan Datuk Seri Musa Aman dan tiada kena mengena dengan PPBM mahupun Mahathir.

Namun begitu, hakikat yang tidak dapat disembunyikan Shafie adalah, bagaimana dia membentuk kerjasama erat antara dirinya dengan Muhyiddin, Mukhriz dan Mahathir semasa masih di dalam UMNO. Benar, penubuhan Warisan ini seperti tiada kaitan dengan PPBM namun berapa ramai yang sedar, dia boleh sahaja bergabung dengan PPBM sebaik gendang Pilihan Raya Umum ke 14 di palu kelak?

Lihat sahaja bagaimana PPBM langsung tidak membuka walau satupun cawangan mereka di Sabah dan menyerahkan bulat-bulat tanggungjawab menumbangkan UMNO Sabah kepada Warisan. Tidakkah langkah ini agak menghairankan kerana PPBM hari ini sudah mula cuba memasuki Sarawak dengan menyasarkan 10 buah kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke 14 nanti?

Jika mereka boleh memasuki Sarawak, kenapa langkah mereka terhenti di Sabah? Sudah pastinya, tugas untuk menentang UMNO di Sabah terletak di bahu Shafie Apdal bersama-sama para pengikutnya. Tambahan pula, jentera Shafie dan Warisan Sabah ini dilihat cukup bergerak aktif menghasut penduduk Sabah untuk menolak kepimpinan Datuk Seri Musa Aman.

Tambahan pula, Warisan di lihat cuba menembusi Parlimen lain di Sabah selain daripada kedudukan selesa Shafie di Semporna. Walaupun hari ini kita melihat gabungannya dengan Datuk Seri Lajim Ukin sudah terlerai, namun tiada siapa dapat menafikan bahawa hubungan politik antara keduanya masih kekal erat walaupun mengetuai parti yang berlainan.

Kini, hanya masa sahaja yang akan menentukan bagaimana Shafie akan membawa Warisan Sabah menjadi salah sebuah parti gabungan dengan PPBM di Semenanjung. Mahathir pasti sedar bahawa percaturan politiknya di Sabah agak berlainan dengan Semenanjung. Justeru, dia pasti akan menghantar seorang pengikutnya untuk membersihkan imejnya di kalangan warga Sabah sebelum mengumumkan sebarang gabungan dengan Warisan Sabah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana